.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

January 25, 2008

Mengenai Wanita....

Bila terbaca artikel di bawah ni dari kawan, melalui emel, jiwa benar2 tersentuh, betapa istimewanya menjadi wanita.Namun perlu disedari bukan mudah untuk sabar dan taat.Tetapi inilah kekuatan wanita,sabar..sabar dan sabar...Dengan artikel ni moga beri semangat bagi kaum wanita...Hidup Wanita demi Islam! :) hehe..semakin nak bersalin semakin terasa naluri kefemininan!...
Bagi sahabat2 yg sedang pregnen tu utk baby 1st, banyakkan membaca. Pembacaan mematangkan kite. Ade banyak forum untuk bakal2 ibu. Antara yg best....susuibu.com,mengandung.com,mybayi.com,ummikusayang dan etc.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
1.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawapan baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimya. maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.

4.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit. maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.

7.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, dan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8.
Barang siapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.
Tiap2 perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

11.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.
Aisyah berkata, "Aku bertanya Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."

13.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkanya (serta menjaga sembahyang dan puasa).

15.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.
Syurga di bawah telapak kaki ibu.

17.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.a.w) di dalam syurga.

18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

No comments: