Fenomena Habituasi
Satu teknik penting ialah mengukur perubahan dalam kadar degupan jantung bayi kerana kadar tersebut berkorelasi dengan tindak balas bayi terhadap rangsangan yang dilihatnya. Habituasi adalah pengurangan kadar tindak balas rangsangan-rangsangan yang berulang kali. Contohnya, Jika bayi ditunjukkan sesuatu rangsangan yang baru, mereka akan memberi perhatian sepenuhnya dan kadar degupan jantung meningkat kemudian bertukar kepada normal. Jika ini berlaku maka habituasi berlaku pada seseorang bayi.
Neonat dikatakan mampu membezakan ekspresi muka, malah boleh menirunya.
Penglihatan neonat berkembang cepat selepas lahir. Pada penghujung bulan pertama, bayi boleh membezakan warna, pada umur 4 bulan mereka boleh fokus objek yang jauh dan juga dekat. Manakala 4 atau 5 bulan umur mereka, bayi mampu mengenal objek-objek 2 atau 3 dimensi.
Selain itu, keupayaan pendengaran bayi. Neonat dapat mengenal suara ibunya selepas 3 hari dilahirkan. Mereka juga boleh membezakan rasa-rasa dan bau yang berlainan pada umur yang awal.
Pada tahap sensorimotor, bayi mampu untuk berinteraksi dengan persekitaran dengan menggunakan imej, bahasa atau simbol-simbol lain. Mereka juga dapat mengetahui tentang pengekalan objek, iaitu mereka tidak sedar bahawa manusia masih tetap wujud walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Namun, selepas umur 9 bulan, mereka lebih aktif seperti boleh mencari barang yang disembunyikan.
Perkembangan kognitif bayi pada tahap sensorimotor dapat dibahagikan kepada 6 tahap :
TAHAP PERTAMA (0-1 BULAN)
Perkembangan kognitif bayi seperti :
-Menghisap susu ibu
-Mengikut pergerakan objek yang bergerak dengan mata
-Menutup tapak tangan apabila disentuhkan dengan objek
TAHAP KEDUA (1 BULAN- 4 BULAN)
Perkembangan kognitif bayi seperti :
-Bayi tetap melakukan skima menghisap walaupun tiada botol
-Percubaan bayi untuk menghasilkan suasana yang menarik atau selesa.
Contoh : bayi menghisap jarinya apabila diletakkan berhampiran dengan mulutnya.
-Reaksi pasif berlaku akibat classical atau operant conditioning
TAHAP KETIGA (4-8 BULAN)
Perkembangan kognitif bayi seperti :-
-Dikenali sebagai reaksi pusingan sekunder di mana bayi menjadi lebih berorentasikan luaran (objek). Mereka mula meneroka kaedah untuk menghasilkan suasana yang menarik.
-mengenggam kuat objek yang diingini
-Mula menggunakan logik
TAHAP KEEMPAT (9-12 BULAN)
Perkembangan kognitif bayi seperti :
-Mengkordinasikan reaksi pusingan sekunder, seperti menggabungkan dan skima-skima asal dan bertingkah laku dengan niat.
-Perkembangan logik dan kordinasi antara makna dan tujuan
Mula mempunyai orentasi matlamat
-Dikenali juga ` The first proper of intelligent ’
TAHAP KELIMA (12-18 BULAN)
Dikenali juga sebagai reaksi pusingan ketiga, keaslian dan ingin tahu. Antara perkembangan kognitif bayi seperti :
-Mempelbagaikan skema untuk menghasilkan kesan yang baru
-Meneroka makna-makna yang baru untuk mencapai matlamat
-Mula menjadi saintis muda
-Melakukan eksperimen olok-olok untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah
TAHAP KEENAM (18-24 BULAN)
Menginternalisasikan skima. Antara perkembangan kognitif bayi seperti :
-Mereka mula celik akal dan mempunyai kreativiti tersendiri
-Boleh berfikir secara simbolik
-Beralih dari tahap pemikiran sensorimotor tulen kepada tahap pemikiran simbolik.
-Bersedia untuk beralih kepada tahap pre-operational stage.
REFLEKS BAYI…
Selalunya kita mengganggap bahawa bayi yang baru lahir tidak menarik kerana hidup mereka hanya untuk makan, tidur dan menangis sahaja. Hal ini, disebabkan oleh bayi tidur selama 16-21 jam sehari dan bertindak balas secara terhad .
Terdapat beberapa pantulan atau refleks bayi seperti :
I. Mengelipkan mata
II. Babinski
III. Grasping (mengenggam)
IV. Moro ( startle)
V. Rooting ( mecari punca)
VI. Stepping ( melangkah/menapak)
VII. Sucking
VIII. Berenang
IX. Tonic Neck
I- Apabila cahaya lampu atau angin mengenai mata bayi, mereka akan mengelipkan mata serta menutup kedua-dua matanya sebagai respon. Tindak balas ini akan kekal.
II- Apabila tapak kaki bayi diusap, bayi memberi respon seperti jari kaki akan dikuit keluar dan memusingkan kaki ke dalam. Rasa geli ini dipanggil refleks Babinski.
III- Refleks Grasping (menggenggam) adalah apabila tapak tangan disentuh bayi akan menggenggam kuat sebagai responnya. Ini akan hilang selepas 9 bulan hingga 1 tahun.
IV- Refleks Moro (startle) ialah refleks terperanjat.Bayi akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat atau terjatuh. Mereka akan tersentak, kepala digerakkan ke belakang, membuka lengan dan kaki serta segera merapatkan semula dengan badan. Ini akan hilang selepas 3-4 bulan.
V- Refleks Rooting ( mencari punca). Apabila pipi diusap atau bahagian sebelah mulut disentuh, bayi akan memusingkan kepala, membuka mulut untuk menghisap. Ia akan hilang selepas 3-4 bulan.
VI- Refleks stepping (melangkah/menapak). Apabila kita merendahkan kakinya serta disentuhkan ke lantai, bayi akan bertindak balas seperti menggerakkan kakinya seperti mahu berjalan. Keadaan ini akan hilang selepasa 3-4 bulan.
VII- Refleks sucking. Apabila objek disentuhkan ke mulut , bayi akan menghisap secara automatik dan akan hilang selepas 3-4 bulan.
VIII- Refleks berenang. Apabila bayi diletakkan dalam kedudukan meniarap di dalam air, Mereka akan bertindak balas seperti membuat kordinasi pergerakan renang. Keadaan ini akan hilang selepas 6-7 bulan.
IX- Refleks Tonic Neck. Jika bayi dibaringkan, bayi akan membentuk genggaman pada kedua belah tangan dan memusingkan kepalanya ke kanan ( dikenali sebagai `fencer’s pose`) kerana bayi seakan-akan dalam keadaan bermain pedang. Ini akan hilang selepas 2 bulan.
* Kebanyakan daripada gerakan-gerakan pantulan ini akan hilang selepas beberapa bulan umur dan akan diganti dengan tingkah laku yang lebih komplek terorganisasi. Contohnya, semasa umur bayi 3 bulan, mereka sudah boleh bergolek, dapat duduk dengan sendiri semasa 6 bulan, berdiri pada umur 11 atau 12 bulan dan berjalan selepas berumur 1 tahun. Selain itu, pergerakan otot halus juga menjadi semakin canggih. *