May 18, 2009
bg yang dh tau mybe tak terkejut. tapi utk empunya bdn masih dlm terkejut dan mcm dlm mimpi pun ade. semua berlaku sekelip mata. last friday, dpt kunci rumah kuarters...
mmg terkejut...ni la yg dikatakan rezeki anak. setiap anak ade rezeki masing-masing.
mmg kami nk ade rumah sendiri, tapi plan nk tunggu i konfem jwtn dlm gomen dlu, then pakai loan gomen (tu syarat b4 nk pkai loan gomen), beli rumah. tapi sbb tunggu proses konfem tak setel lagi...so amik dulu kuarters ni. lagipun rumah baru.
so sabtu tu kami pi tgk umah. masyaallah!! terkejut....
5 bilik...1 stor...3 bilik air!!!.. so total = 9 bilik!!!
.haha...dgn dua anak kecik termampu ke aku nk uruskan semua tue?...
hehehehe...
ada sape2 nk jd part time maid kat umah kami?...
ahaks!
so ahad m dah gi cuci rumah tu...dan kami beli la skit-skit brg yg penting je dulu...
almaklumla tak pernah ade umah sendiri lagi...so kirenye semua baru...
dari baldi, penyapu....gayung,.....dan lain-lain.....mak ai semua duit!..ekeke
utk perabot besar nt-nt la ek....tunggu bersalin dulu
tak plan lagi bile nk pindah sepenuhnya .. mybe tunggu after bersalin...
ataupun jd istana hinggap dulu kot...tunggu sampe kelengkapan wajib ade dlu...
skrg dapur dgn p.ais blom beli lagi....;-)...
yg lain alhmdulillah dh ada..mmg beli b4 this letak umah mak...
dan ms ni semua hadiah kawin sgt berguna!!!...
bnyk brg letrik kami dh angkut smlm...
untuk hadiah pinggan mangkuk segala aksesori tu dlm minggu ni kami angkut pelan-pelan...
adab masuk rumah baru
Dalam pandangan Islam, ia bukanlah satu perkara yang bersalahan bagi seseorang itu memiliki rumah yang besar dan cantik, asal saja perbelanjaan untuk menghiasinya tidak berlebihan sehingga kepada peringkat melampau atau membazir. Soalnya, apakah ciri-ciri yang harus diberi pertimbangan?
- luas, bersih dan kemas
- terpelihara aurat si penghuni (umpamanya kedudukan pintu bilik tidur dan tandas)
- ruang tamu yang memisahkan di antara lelaki dan wanita
- ruang belajar dan perpustakaan kecil yang selesa, dan sebagainya
Sekiranya berpeluang untuk memilih unit rumah yang akan dibeli, mungkin beberapa faktor luaran dan dalaman lain boleh diambil kira, termasuklah di antaranya:
- kedudukan bilik-bilik di bahagian dalam rumah tidak terdedah depada penglihatan orang yang lalu lalang di luar, terutama sekali tingkap bilik dan dapur
- usahakan, jika boleh, agar dapat jiran yang mententeramkan, sebagaimana sepotong kata-kata hikmah yang masyhur di kalangan kita: "Lihatlah dahulu siapakah yang bakal menjadi jiran sebelum memilih rumah".
Ketika berpindah rumah pula, ramai di antara kita yang mungkin tidak tahu apakah yang baik dilakukan ketika mereka pertama kali memasuki rumah tersebut.
Ada yang terus mendiami rumah itu dan kemudian mengadakan jamuan dengan membaca doa selamat. Ada yang mengkhatam Quran (membaca seluruh Al-Quran secara bergilir). Ada pula yang mengadakan 'house warming'. Tulisan ayat Al-Quran juga biasa digantung di pintu dan dinding rumah.
Terdapat juga segilintir masyarakat kita yang masih mengamalkan adat lama dengan mengadakan upacara 'menyemah rumah' yang kadangkala tidak sesuai dengan ajaran agama. Ada yang meletakkan sesuatu barang atau 'tangkal' di atas pintu rumah. Misalnya daun-daun berduri, belangkas atau kuda laut.
Antara perkara yang sepatutnya diamalkan, sesuai dengan ajaran agama dan sunnah Rasulullah saw, apabila memasuki rumah baru, termasuklah:
AZAN : Para ulama berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"
MEMBACA SURAH AL-BAQARAH : sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah".
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw juga menggalakkan agar: Memperbanyak solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah. Baginda bersabda yang bermaksud "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak solat dan membaca Al-Quran" (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Sedapat mungkin, digalakkan juga agar dilaungkan azan pada setiap waktu solat dan bersolat jemaah.