.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

November 4, 2009

stok susu ebm saya tak cukup....

huhu...skrg kena selang seli campur dgn susu anmum baby ..hmm...sabor je la
utk topup irfan di umah bs dia...sian irfan ;(
mybe 1 atau 2 kali minum kena fm..sbbnye saya hanya mampu beri 15 auns kalau hr kerja ...
so lagi 5 auns..kena topup susu anmum...
so saya harus bekerja keras di hujung minggu nampaknye seperti nasihat kat blog ini...
artikel di blog tu saya pastekan di bawah...moga bleh membantu menyelesaikan masalah kwn2 yg senasib dgn saya...:)

moral of the story..jgn malas pam susu!!...;-)...ms dlm pantang enjoy sgt le tue...
skrg pun masih malas nk bgn pam..camne ni mama!...hehe...

takpe..takpe..kuatkan semangat!!...;-)
demi anak mama...mama akan kembali rajin!
bak kata pakcik mamak muslim kat kebun tu... bile tgk izzah dia kata izzah tak semacam usia dia...amin!
mungkin jugak sbb izzah fully bf sblm prgntkan irfan..insyaallah berkat susu ibu kot.....amin ;)

p/s: di bawah di pastekan nasihat dr blog tersebut....

------------------------------------------------------------------------------------------------

harini saya terpanggil untuk 'menulis' tentang hal ini..saya nak share some tips yang sya lakukan sendiri..(saya tak copy dari mana2 entry org lain ye..ini based on pengalaman saya)

1. Saya kerapkan sesi pam..setiap 2jam sekali..hasil mmg sikit..1oz..sometimes tak sampai 1oz..tapi lama2 sya top-up dapatla 4oz gak akhirnya..

2. Sebelum pam susu, sya minum segelas air masak. lepas pam susu sya minum segelas air masak lagi.

3. Hasil pam dari hari ini saya akan jadikan bekalan anak saya di nusery pada keesokan harinya.

4. Hasil pam hari JUMAAT, saya akan simpan sebagai STOK EBM (INI LAH STOK YG AKAN KITA SELALU TAMBAH).

5. Untuk kegunaan hari ISNIN berikutnya, saya akan lakukan 4 sesi perahan pada hari minggu.

(Pagi sabtu, malam sabtu, Pagi Ahad, malam ahad) - mencukupi untuk kegunaan anak sya di nusery pada hari ISNIN. - so..saya tak perlu nk curi FROZEN EBM yg ada.

6. Saya akan angkut pam susu EVEN BALIK KAMPUNG sekalipun. saya akan lakukan rutin pemerahan sama seperti nombor 5. Susu yang diperah sya akan simpan dalam fridge, sya tak buat jadi frozen sbb dikhuatiri cair semasa perjalanan balik ke kl.

7. Weekdays, saya memerah sebanyak 5x. (1x - pagi selepas subuh, 3x di pejabat -9pagi,11pagi,3ptg,5ptg). stok yang diperah ini saya akan jadikan bekalan anak sya utk esoknya.
8. plg penting, JGN STRESS..skrg ni sya mengambil sikap 'WAT 'DERK' JE ESP DI SAAT2 ZMN MERUDUM TU DTG'...sbb sya sentiasa POSITIF THINKING 'SUSU SYA CKP UTK ANAK SAYA'...

November 2, 2009

happy birthday abg! ;-)


di sini saya sertakan ingatan abg pd pic di sebelah...hehehehe...


















hmm...rs malu la plak kalau advertise kat sini..hehe
tapi takperla ni tuan rumah..so suka hatila nak tulis apa...hiks
hari ni my hubby punye besday....
abg! heppi besday...
yg ayat2 pjg dan yg ayat wish sy dh tulis kan...
yg mcm saya sms kan pg2 td kat abg..
malu le tulis sini..cam kelakor plak...


yang penting abg dh tua!!!...hehe
anak pun dah dua....
awas!! wife masih satu ok...;-)...ngeh2x..
ade plak kesitu plak...

imbas kembali...zaman kenal 1998...
zaman kawin 2006...
1st prgnt gugur 2007
baby 1st 2008
second baby 2009 .... ;-)

kita masih dalam proses kenal mengenal lagi...
terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yg soleh pd isteri dan anak-anakmu ini ;-)
semoga kebahagiaan kite terus berkekalan hingga ke syurga, amin...



dear my beloved husband @ ayah...
selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 31 tahun!
semoga dengan bertambahnya umur...bertambahnya iman dan amal...
serta ketaqwaan kepada Allah, amin!!...


dari kami bertiga.....mama, izzah hanaani, muhammad irfan haqqi




November 1, 2009

status terkini ;-)

wah wah tajuk mcm gempak je kan...
actually update dr rumah ni..kalau kat opis tak menyempat plak skrg ni
al-maklumla dah hujung thn banyak keje opis yg perlu dibereskan
b4 masuk year 2010..aduh! sekejap nye ms berlalu...
dulu ingat tak sempat masuk 2010...alhmdulillah masih dipanjangkan umur....

status terkini?..hehe
hp sy sudah semakin rosak dan parah...harus diganti!!!...bonus ade? hehe
kamera dah diambil pic terkini anak-anak..tapiiiikan....kabel plak hilang..
nk kena ganti baru...huhu.br je nak upload dlm ni....tunggggggggggggu...
[sure dh buhsan dgr..haha..pic asyik delay je....layyyannn kan aje]

irfan dh 4 bulan...alhmdulillah dah 3 hari gak lak dia dah bleh meniarap!..
ni tgk suka masuk tgn dlm mulut...ayoyo nk tumbuh gigi plak ke? hehe

erm....rs ralat sgt sbb dlm pantang dulu tak wat stok susu ibu bnyk2..
actually br balik trganu, keje kat sana...nasib baik 2 hari satu mlm jeee..
tapi di sebabkan tak cukup stok irfan dibekalkan susu tepung...huhuh sedih sgt!..
tapi utk satu mlm je...sbb mak jg mlm tu...stok tak cukup..
pastu skrg ni kembali normal...bf bf bf...sorrriii irfan mama tak cukup susu hari tue...

so far alhamdulillah....irfan tak de problem mlm tu susu fm....
mak kata dkt 4 kali jugak irfan bangun minum...
actually nak bawak mak sekali kat trganu...tapi......
sbb opis yg support naik MAS...jd tak dapat la nk support 800 just utk flight..
lagipun plan last minit...patut org lain yg pegi...tapi dia tak dpt gi...
so kena la jd backup...


alaaa...jap ek...izzah cry....kang sambung lagi kalau sempat ;-)

October 15, 2009

khas utk my friends ;-)....dan khusus untuk saya ;-).....


jalan-jalan..then singgah kat blog kwn nie...ihsan dr blog dia ni..bnyk info pasal bf...
bile bile free lawati journal penyusuan ibu ni..sangat baik ;-)

nga Melur untuk Menambah Air Susu Ibu, Daunnya untuk Menghentikan
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.com


Kacang Tanah Menambah Susu Ibu
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. - Sumber: henna96.wordpress.com

Nota: bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.


Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

Sumber: [1] Foods High In Conjugated Linoleic Acids Can Enrich Breast Milk, ScienceDaily 28/08/208, [2] Conjugated linoleic acid - Wikipedia, the free encyclopedia


Halba dan Jintan Hitam untuk Menambahkan Susu Badan
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Lobak Putih Bagus untuk Ibu Menyusu
Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

Air Longan Menambahkan Susu Badan

Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)


Pucuk Betik Untuk Tambah Susu Badan

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. - Fatan Hamamah, Potensi Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat-ubatan dan gemini26576.tripod.com, gambar:rimbundahan.com


Menambah Susu Badan dengan Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak. - gemini26576.tripod.com


Cekur Manis Banyakkan Susu Ibu

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com


Jantung Pisang Menambahkan Susu Badan

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

Banyak Makan Sayur Jika Anda Menyusu

Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu.
"Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.
Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur.

October 14, 2009

merinduiku ke? ;-)

aduh aduh sejak kebelakangan ini terlalu sibuk betul di opis ;-)
hmm...dan terlalu sibuk jugak di rumah
mengurus anak2 yg masih kecil dan comel2 belaka...ahaks...
irfan dah nk masuk 4 bulan..izzah pulak br masuk setahun 8 bulan
skrg ni sy ni dah mcm lipas kudung...mujur m rajin ala-ala dia la ;-) menolong...
yerla..nk hrp wife aje..mananye sempat sbb bf irfan je dah amik masa
blom dikira terkejar pagi2 ke opis...hehehe

ni banyak hutang upload pic ni...
pic aqiqah...pic raya...
tunggguuuuu
eh eh..semua nampak heppiii je...
yerla semua dgn mood ry lagi..
eh cmne dapat posa 6?..
aduss...sedih tahun ni tak dpt posa 6...
banyak tul halangan...sbb hari tu bleeding ..jap on..jap off... sampe 3 bulan lebih..
mmg ulang alik ke demc...

alhmdulillah masuk bulan ni dah ok...so far dah ok...
cume skrg tgh memikirkan camne nk banyakkan stok susu
sbbnye stok cukup2 je ni
baby laki ni lain le...kuat nyusu...
irfan pun dah besar dah pandai sembang2 ala-ala baby..senyum2 gitue...
teringat izzah dulu sokmo amik pic masukkan dlm blog
sian irfan kali ni mama dia tak sempat nk snap...
bukan apa sejak kamera kami dah rosak ni..
asyik kena pinjam tak syok..
nk pakai hp..hp syg nak delete pic2 lama dlm tu...
nk ttransfer..kabel dah hilang...ish ish mcm2...
nk bluetooth...agak payah..
hehe..alasan2...;-)

apapun setia la ke blog ni..
ade yg rindu ek?..
kalau takde bleh la tutup blog ni..keh keh...
ke ade?..ke jd silent reader ;-)...
hehehe...
dtgle ye selalu..tanda anda suka dan syg saya...ceewah! ;-)

September 17, 2009


salam semua, dikesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan
selamat hari ry aidilfitri kepada semua pengunjung setia blog kami
salah silap harap dimaafkan ye

hehe nak dtg umah bleh..tp bgtau dulu
sbb dh sebulan tak balik s.a, balik hujung minggu je...huhu

oh ye jgn lupe bg duit ry ek...
anak dah dua nie...hehe
ape la..hehe..

balik kpg hati-hati memandu
ingatla org2 tersayang
makan kuih muih pelan2 jgn sampe tercekik
dlm gumbire jgn lupa palestin..aceh...dan etc...
sahabat2 yg ditimpa bencana ye....
doakan mereka juga



esok last keje b4 cuti ry selama seminggu..
penuh kuih ry kat belakang ni..
tetiap tahun ry dgn org baru..ngeh ngeh ...rezeki rejeki ...:)
dah tak de mood nk keje ni, dah mood ry!..eh thn ni tak de bonus..x bestnyeee
aduhai...;-)


APAPUN KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN
kepada semua pengunjung setia blog nie ;-)
SELAMAT HARI RAYA AIDILIFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
HALALKAN MAKAN MINUM & HUTANG PIUTANG [hehehe...kalau ade bgtau]
dan sebagainye
nak dtg umah bleh tapi sms ek dulu...bukan apa umah kosong je lagi...hehehe
sbb dh sebulan tak balik umh br..duk umah mak sepanjang posa...
sbb irfan duk kat bs yg area umah mak...izzah mmg duk situ dr kecik..so irfan pun duk sekali dgn akak dia kat situ.....

nanti kite upload pic ry plak nampaknye kena pinjam kamera mak dulu
hehehe
sbb mak baru beli kamera sony hr tu..semata-matadia nak gi kemboja...
eh lupa nak bgtau tema kami kali ni merrrroooonnn...
nak kata sedondon sgt idak le jugak sbbnye last last minit
bj kurung i dan izzah kena beli kain lain atas sebab teknikal yg tidak dpt dielakkan ...sok sek sok sek
hehehe
yg pasti irfan dan ayahnye ry kali ni pakai bj melayu ala-ala kemboja..warna sedondon!
sponsored by mak ayah den yg balik dr kemboja.....
patutnye i dan izzah pun kain bj kurung kemboja tapi atas sebab teknikal..x dpt pakai kain tu...
pas ry le pakai bj tu..hehehe [rsnye semua fhm..] hehehe
last2 beli la kat kamdar je ganti yg tak jd tu...nak cepat!...lagi satu nak memenuhi tema marooonnnn...huhu

apa la kite ni kan...ry pertama mmg beria...
alamak! teringat dah!!!
umah baru lupa plak nk beli balang kuih ry...kuih beriya beli...ngeh2x
hahaha...nanti ek la....;-) nk kena pi beli ni...
kang org nk dtg umah nk letak dlm bekas apa....
huhuhuhu.....eh! jap ek...
ade keje opis..kang kite sambung celoteh.....

p/s: roomate dh psg lagu ry ni...wah wah terbayang kampung!!!

September 15, 2009

apa buat tue ;-)

salam semua,

waduh2 rsnye ramdhn kali ni paling teruk persiapan puasa dan raya
hehehe...mana taknye...naik pantang je dh posa
so bile posa dh nk ry...
tak reti lg nk arrange ms dan tenaga
maklumle alasan selalu diberi tak de masa...
wah wah..walhal kuat tidur..ngeh ngeh...bila tak larat terus tidur
ade ms pun update dr deskto opis..kalau dr rumah
jawabnye idok le

apa buat tue?...itu soklan ...
ni tgh mikir cmne nk letak dua-dua hero heroin tu
bile gi keje after ry
wat ms ni bs izzah jg irfan
tapi teruk la kalau nk berulang dr s.a ke klang
so utk skrg ni duk klang dulu
umh s.a gi weekend
dah berabuk tu ..huhu

ade dh survey2..hmmm...semua taska...
bukan taknak letak...tapiiii....
herm,..kena cekalkan hati..
dr yg murah sampe yg mahal ade...
terpulang pd diri kite nk wat keputusan..huhu
yerla taska tak sama mcm bs jg
bs jg anak kite je...tak jg reramai...huhuhu
dlm dilema...
any idea?
harga antar bs skrg pun lg mahal dr amik maid...
wajarkah amik maid?..maid mcm tak cy je....herm...
bs kat s.a takat ni cr semua dh full...
huhuhu

September 9, 2009

tak bestnye....

huhu..tak bestnye sejak kamera rosak ni...
nk update blog pun x de mood...bior le bersawang lelabah ;-)
yerla dgn pic kan bleh story manyak bende, tak yah cite pjg
dr pic can explain everything...

smlm kan syahdunye bila anto izzah umah baby sitter(bs) dia
sejak dia dh pandai ni..pg2 anto nangis je
dia nak ikut kami pi keje
adoile...dulu tak pun camtu
dulu...asal pas je kat bs dia, sure dia mau gile2
siap babai2 kami...huhu...terasa gak la memula tu..takut dia suka lagi bs dia dr mama dia..
ngeh2x ;-)
tapi ok la kan dr dia taknak...so lega la bile pk camtue
so skrg pg2 anta sure dia nangis
dia seronok naik keta
nk pi jln-jln.....
tapi bs kata smlm...dia nangis jap je..pehtu dh ok
lega dgr..itulah harga yg perlu dibayar oleh ibu bekerja
anak di asuh oleh org lain..

ms anak-anak abis bnyk kat umh bs
yerla balik ptg..mlm dah tido
kalau ade pun sabtu ahad...
bile pk2 balik..hidup sentiasa perlukan pengorbanan...
hehe..tetiba pagini agak sensitip.....:) haha
udara nyaman ye...hujan...sedap tiduuuuur niii
jap ek..sambung wat keje jap...
nak kena jupe dato' plak...

September 3, 2009

hari ketiga kerja

huhu...hari ni masuk hari ketiga kerja..dah kurang skit le ingatan pd anak-anak berbanding hari pertama kerja ;-)

skrg ni tgh adjust ms untuk sesuaikan dua anak yg masih kecil..
cuma izzah skrg dah pandai berdikari sbb dh jd kakak kan :)
wah wah tetiba teringat ms kecik2...sure mcm tu gak sbb beza dgn haikal setahun lebih skit gak
hehe..manja ms tua plak terlebih...agaknye ms kecik kite ni terkurang kasih syg gak kot
ngeh2x ;)..hehehe. mak kalau bc diam je la ek ;-)

oh ye pic aqiqah tu ade dlm video..so mcm lambat la skit sbb nk kena cut n paste
dr video nk jadikan pic..sbb kalau nk upload video besaaar tak muat maaa...huhuhu
pic yg bwh tu izzah dgn irfan ms dh petang aqiqah.... dah abis majlis
ms majlis tue kami sebenarnye 4 beranak semua tema biru...
kunun nak ade tema le..hehehe

eh jap ek nak kena pam..huhu
setakat skrg ni irfan masih BF tapiiikan...
stok tak sempat buat banyak...mcm izzah dulu sempat gak 90 auns
irfan ni 50 je,..huhu...
ni nak cari buah longan nie..nk bnyakkan susu...
seronok tgk anak membesar dgn susu original...alhamdulillah

eh mood posa thn ni camne? ok ke?
raya mana semua thn ni???...
tahun ni turn belah saya plakkk...ye ye ..ish tak baik tul ..ngeh2x ;-)
thn lepas belah hubby...
so thn ni penanggggg....
harap2 dpt kumpui semua.... sbb akhi nk balik dah
nx week dia sampe
sejak dpt jpa ni rajin tul dia balik..pepandaila kumpui duit ek ..kui kui
hehehe..alamak thn ni tak tukar duit lagi..
nt nak kena bg duit ry camne?...
wah wah....anak dh tambah dua......hehehe

August 26, 2009

balik kpg


mybe saat kalian baca ni den dah tak do sini
ni mlm ni pas terawih balik kpg perlis
kpg husbnd..cian dia...lama tak jenguk kpg..sejak kawin badriyah bulan 5 hari tu
hehe..kire baru gak la lagi...
ni balik sbb m nak berbuka bersama keluarga terchintee ;)
insyaallah nx week balik sini balik

sori ek lama tul tak update
kekangan masa dan umah blom psg tenet
ni kat umah mak..tu yg laju menaip ni
hari tu mak ayah takde gi kemboja so tak menang tgn
nk buka n sahur nak wat preparation..
dgn nk melayan karenah si double I ...
hehehe,,,,, izzah n irfan = double I ;)

insyaallah nx week akan update dr desktop opis
huhu lamanye jd surirumah sepenuh ms..
baru la tau..penat gak ek jd surirumah sepenuh masa ....
hari-hari buat bende yg sama..
br tau perasaan hafsa dan salihah...
syura terkecuali ek..hehe sbb dia baru je jd surirumah...hehehe

jap ek nak berbuka...pic aqiqah nanti ye
tunggu ms masuk opis...
sbb nk upload pic lambat le...
tapi sebagai memenuhi impian kalian
ni ihsan kamera hafsa bg pinjam
ni pic terbaru double I
ms kenduri aqiqah...
yg bestnye..irfan possssiiiing baik nye
kenyit mata sebelah..hehe...
so jg ek jgn terpikat.....;-)