.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

March 25, 2007

Ruangan Ilmiah Islamiyyah :D

Firman Allah s.w.t:
Demi masa! Sesungguhya manusia dalam kerugian! Kecuali mereka
yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan yang
hak (kebaikan kebenaran) ! dan berpesan-pesan dengan kesabaran!
Surah Al'Asr: 1-3

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Ballighu Anni Walau Aayah".
Ertinya:" Sampaikan daripada ajaranku walau satu ayat".

Sabda Rasulullah s.a.w:
" Ya Ali! apabila berlalu ke atas mukmin 40 pagi dan ia tanpa bersama ulama'
(mempelajari ilmu) nescaya keraslah hatinya dan beranilah ia melakukan dosa
-dosa besar, kerana sesungguhnya ilmu itu nyawa hati.

Allah Ta'ala berfirman:
" Innas Solaata Kaanat Alal Mukminiina Kitaban~ Mauquta "
Ertinya: " Sesungguhnya Solat itu adalah merupakan kefardhuan
yang ditentukan waktunya atas sekalian kaum Mukminin".

( Saheh Al-Bukhari )
Dari Abu Amr. Syaibani, katanya:
"Kami diberitahu oleh pemilik rumah ini , dan ia menunjuk ke rumahnya Abdullah.
Abdullah berkata: " Aku pernah bertanya kepada Nabi s.a.w : " Amalan apakah yang
amat dicintai oleh Allah?".
Beliau s.a.w bersabda: "Iaitu mengerjakan solat pada waktunya".
Abudullah bertanya lagi: " Kemudian amalan apakah?".
Beliau s.a.w menjawab:"Iaitu berbakti kepada kedua orang tua".
Ia bertanya lagi:"Sesudah itu, lalu apa lagi?".
Beliau s.a.w menjawab:" Kemudian berjihad fi sabillah yakni berjuang semata-mata
untuk meluhurkan agama Allah iaitu Islam".
Seterusnya Abdullah berkata:"Beliau s.a.w memberitahukan kepadaku 3 perkara itu
tetapi andaikata aku meminta tambahan kepadanya yakni aku suka meneruskan
pertanyaan, tentu beliau menambahkan keterangan untukku
".