jalan-jalan..then singgah kat blog kwn nie...ihsan dr blog dia ni..bnyk info pasal bf...
bile bile free lawati journal penyusuan ibu ni..sangat baik ;-)
nga Melur untuk Menambah Air Susu Ibu, Daunnya untuk Menghentikan
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. - Sumber: henna96.wordpress.com
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.
Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) Pucuk Betik Untuk Tambah Susu Badan
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. - Fatan Hamamah, Potensi Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat-ubatan dan gemini26576.tripod.com, gambar:rimbundahan.com
Menambah Susu Badan dengan Tuaman Daun Sirih
Cekur Manis Banyakkan Susu Ibu
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com Jantung Pisang Menambahkan Susu Badan
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
Banyak Makan Sayur Jika Anda Menyusu
Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu."Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.
Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur.








No comments:
Post a Comment