jalan-jalan..then singgah kat blog kwn nie...ihsan dr blog dia ni..bnyk info pasal bf...
bile bile free lawati journal penyusuan ibu ni..sangat baik ;-)
nga Melur untuk Menambah Air Susu Ibu, Daunnya untuk MenghentikanBunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Pucuk Betik Untuk Tambah Susu Badan
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. - Fatan Hamamah, Potensi Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat-ubatan dan gemini26576.tripod.com, gambar:rimbundahan.com
Menambah Susu Badan dengan Tuaman Daun Sirih
Cekur Manis Banyakkan Susu Ibu
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.comJantung Pisang Menambahkan Susu Badan
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
Banyak Makan Sayur Jika Anda Menyusu
Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu."Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.
Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur.