jiwa naluri keibuanku jelas tersentuh membaca n3 dari kwn baikku masa kami sama-sama belajar di UM dulu. kami satu kos satu kelas satu tesis dan etc.bezanye dulu dia nak sgt jadi peg. teknologi maklumat sedangkan aku plak nk sgt jd cikgu. tapi akhirnya detik dan masa membezakannya. kami dapat yg berbeza. aku ptm dan dia cikgu. apapun n3 di blog dia benar-benar menyentuh jiwa keibuanku.chap! thanks bg copy paste kat my blog...selamat berjuang di alam pendidikan! mana tau anak-anak kawan kite semua nanti menjadi salah seorang anak muridmu ;-)..SELAMAT PAGI CIKGU!!
-------------------------------------
“cikgu cakap mcm tu, saya jadi sedih”
“dia teringat ayah dgn mak dia kena keje kuat cikgu” tambah sorang murid lain yg bersama dengan azman masa tu.
*************************************
ayah dan mak kita keje siang malam utk kita. cari makan untuk kita, siapkan duit, baju, buku utk kita. tapi, awak semua tak kesian pun kat mak ayah awak. awak semua tak pernah nak pikir. datang sekolah bukan nak belajar. lain kali cakap je dgn mak ayah awak tak yah sediakan semua tu sbb awak tak nak belajar pun.
tu antara apa yg aku cakap masa dlm kelas lepas murid aku buat kes rabu lepas. 3 org murid kelas aku yg aku sendiri tangkap diorg merokok. merokok pada waktu sekolah dalam tandas. satu kesalahan yg besar. mmg terkejut aku bila dpt tau kes ni. tmbah buat aku terkejut sbb salah sorang yg merokok tu aku mmg tak sangka dia. yg lagi 2 org tu mmg berpotensi, dan dah mmg byk kes disiplin, jadi aku tak heran sgt.
maka bertambah la frust aku last week. dgn result yg tak menampakkan potensi, tambah pulak dgn kes yg sgt memalukan, jadi sebagai cikgu kelas menjadi tanggungjwab aku utk memberi satu kesedaran dan ambil tindakan utk diorg ni. sbb apa-apa kes sekalipun, cikgu kelas antara yg akan terlibat sama.
dlm aku duk bising dlm kelas tu, azman salah sorang murid yg merokok ni… menangis. syahdu mungkin. sbb sebelum tu aku tanya dia “azman tak kesian ye kat mak?” lantas dia balas sesuatu, tapi aku tak berapa jelas dgr apa yg azman cakap. lepas tu dia terus tunduk…dan rupanya dia tak dpt tahan sebak terus menangis. aku biarkan dulu. mana tau dia sengaja buat-buat. sbb murid aku ni mmg pandai berlakon. apapun dlm hati aku doakan semoga azman ni menangis dgn sebab dia kesal dgn apa yg dia buat. aku biarkan azman terus menangis sampai la loceng waktu balik kedengaran dan aku lepaskan murid aku balik dgn persoalan yg terus bermain dlm fikiran aku. apa sebenarnya yg buat azman menangis?
esoknya pagi tu, azman datang kat aku. bgtau yg dia sedih bila aku tny dia mcm tu. dalam keluarga azman, ayah dia tak keje. jadi mak dia je la yg cuma bekerja sebagai cleaner yang menyara diorg 7 beradik. mujur jugak 2 abg azman dah keje dan boleh bantu ibu dia. syahdu jugak aku bila dgr latar belakang murid murid ni. dan itula realiti murid aku. mmg latarbelakang keluarga rata-rata mcm tu.
sebagai guru aku pun nasihatkan azman. belajar rajin-rajin, kalau kesian mak kita kena jadi pandai. kalau kita pandai nnt boleh keje besar, dpt byk duit boleh tolong mak ayah kita. azman tunduk je. dan aku harap biarlah tangisan azman smlm tangisan yg mmg dtg dari sudut hatinya yg tulus. anak-anak dlm usia mcm tu mmg sgt jujur. walau mcm mana jahat pun diorg, nakalnya diorg, kalu kita selami jiwa dan perasaan diorg..diorg pasti akan ceritakan semuanya. azman dah buat satu kesalahan yg besar. dan mgkin dia mula rasa bersalah dgn apa yg dia buat. tu yg aku harap sgt dia sedar kesalahan dia. biarlah dia sedar sekarang agar boleh berubah. setiap org ada melakukan kesalahan, dan org yg baik ialah org yg tak mengulangi kesalahan yg pernah dilakukan.
cikgu sayang korang. cikgu tak nak murid cikgu gagal dlm hidup. walaupun sering gagal dlm pelajaran, tapi jgn gagalkan diri sebagai manusia. akal pemikiran kita tak sama, ada yg cerdik ada yg kurang cerdik. yg kurang cerdik dlm akademik diberi kelebihan yg lain. awak semua ada kelebihan tu. jgn sia-siakan kelebihan yg ada. tunjukkan yg kita hendak berjaya, tunjukkan yg kita adalah manusia berguna.
No comments:
Post a Comment