.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

February 24, 2008

Welcome IZZAH HANAANI - KEMULIAAN KESAYANGANKU

ibu dan anak :)
izzah tidor..hehe .ni kat katil hospital

apa la yg ditenungnya hari pertama di dunia :)

Izzah baru sampe umah klang balik dr hospital DEMC
Izzah dalam dakapan maktok nye :)


hehe hari ni genap 14 hari berpantang (baru bleh akses net, mak bidan tak bg akses selama 2 minggu)...hehehe

alhamdulillah pada 11 Februari 2008 - Isnin - Jam 6.19pm -selamat melahirkan baby girl- alhamdulillah secara normal - baby seberat 2.9kg - di DEMC, Shah Alam.

Terima kasih bagi kwan2 yg sms/call/email wish congrats atas kelahiran baby sulung kami. Yang belum datang tu bile nak dtg ek? :)










































February 7, 2008

renungkan lah....

p/s: nak besarkan pic, nk tgk dgn lebih jelas, klik kat pic tu

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Surah Al-Mu’minun, Ayat 12 hingga 14)



February 5, 2008

dapat mc 3 hari....

Sabtu dan Ahad last week mcm dh ade tanda kecil untuk bersalin (bleeding/kuar air)
, tapi maklumla 1st time pregnen tak de pengalaman, jd gi jupe doc smlm (isnin) sbb kebetulan tarikh checkup mingguan.dok cek , kata dh ade bukaan sikit,dan baby dah kat pangkal rahim.doc tanya ade rs sakit tak contraction?jwb kat doc : tak tau la sbb tak rs sakit.
doc kata dia cek tgk mmg dah ade contraction.hehe.apala, sendiri pun tak tau .....hehehe
ni la gara2 konpius sakit apa jenis apa camne rasa....bla...bala...
.jd doc bagi cuti mc 3 hari, stnby kot2 terbersalin.
bajet dlm nx week baru nk bersalin.sbb minggu ni ade lagi keje opis yg tak deliver lagi.plan kalau tak sakit teruk ingat nk pi opis sok jap,submit apa yg patut.takut terbersalin awal ni.
yerla baby 1st any time.tapi dah doc bg mc jgn lawan...
nt apa2 jd susah ...hehe.....but doc kata kalau x bersalin ahad ni, doc suruh dtg isnin nx week utk checkup mingguan mcm biasa.due bersalin should be 21.2 atau 22.2 atau 24.2..
ade 3 tarikh. 1 klinik swasta, satu gomen, satu hospital...kite tgk mana yg kena!...hehehe...
ok bawah n ade artikel jupe kat internet, saje nk kongsi dgn u all....doakan ye!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingin tahu tanda bersalin
SAYA berusia 26 tahun dan kini hamil pertama kali. Saya ingin tahu mengenai tanda kelahiran bayi kerana saya kerap mengalami bisa sakit pinggang di awal 36 minggu. Adakah ia hanya disebabkan bayi sudah membesar atau tanda bayi bakal lahir? Menerusi pembacaan saya sebelum ini, adakah benar wanita hendak bersalin akan berasa seperti hendak membuang air besar?Adakah benar minggu terakhir bayi adalah 40 minggu? Apakah yang akan berlaku jika masih tidak rasa sakit bersalin selepas 40 minggu?
IBU INGIN TAHU,Shah Alam, Selangor.
Jawapan:
PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya. Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.
Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.
Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang. Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut: - Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. - Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.- Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama. -
Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka. Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim. Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit. Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.
Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor. Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin. Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.
Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa. Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi. Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi). Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

February 4, 2008

Dah minggu ke 37....

Tahap kesihatan masih baik. Meskipun tanda-tanda besar blom muncul untuk proses kelahiran berlaku, tapi cuak jugak sbb tanda kecik2 tu ade. minta doa kawan-kawan moga proses bersalin ni berjalan dengan baik. Actually debar gak ni, tapi berkat sokongan kalian insyaallah bleh laluinye:). Ramai para ibu diluar sana bleh lahir sampe 10 org anak, should be kite pun bleh, amin! ni dah masuk minggu ke 37.... baby masih bergerak dan dalam keadaan baik.hari-hari mendatang penuh persoalan, kot2 dah nk bersalin.maklumla blom ade pengalaman, takat teori je tau la..praktikal blom lagi..apapun doakan semua berjalan lancar ye, amin!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Week 37: And we're ready for take off!


Fetal development in pregnancy week 37:

Fetus in ninth month.
It’s the calm before the storm. Changes in your baby's weight have leveled off with only a few ounces of fat added this week. At this point your baby should weigh in at around 7 lbs and 20 inches (with boys somewhat heavier and longer than girls). Happily, as far as internal organs go, they are now developed enough to function in the outside world although the oh-so-important immune system is still developing and will continue to do so after birth. With a large boost of antibodies provided by breast milk when nursing begins. Fighting infection and staying healthy should be well within their physical capacity when your little fighter is born.
And how's mom doing? Your health care provider will assess the likelihood of where you are relative to your upcoming birthing process—seeing as you’ve now arrived at that waiting phase that could turn into labor at any time. Various charming indicators such as loose stools, expelling your mucus plus (along with the bloody only 4-5% of women actual deliver on their predicted due date. What’s more if this is your first pregnancy, you can expect to be anywhere from two days to two weeks late show – see week 35), a dilated cervix and increased Braxton-Hicks contractions are all signs that labor is only a few days away. The infamous water breaking may or may not be your first true indicator that labor has commenced. However, water breaks for only 15% of mothers and despite what Hollywood would have us believe, is more frequently just a slow leak rather than a large gush.
Be patient: if labor doesn’t start this week, or even next, keep in mind that only 4-5% of women actual deliver on their predicted due date. What’s more if this is your first pregnancy, you can expect to be anywhere from two days to two weeks late. You can distract yourself by keeping track of fetal movements, mostly to reassure yourself that all is well with your little miracle. In the off chance that movements do start to decrease substantially, try not to freak out and instead, call your doctor of midwife and discuss it with them.
If you still haven’t decided whether to breastfeed or not, here’s a good reason: some experts estimate that mothers excrete between 400-700 calories a day while breastfeeding, and to compensate, you should be eating roughly 500 extra calories a day (mmm that’s like one spoonful of Ben and Jerry’s ice cream).

February 1, 2008

unik....



Bayangkan sekiranya pulau tu tenggelam...
bangunan situ semua hancur...
ish ish...tetiba teringat qiamat....
semua akan lari bergelimpangan
bawah tu sure banyak ikan paus ek?
ikan yu? segala binatang yg bahayakan....



lihat uniknya anak-anak org asli ni
kreatif buat design semulajadi
tak dpt dipastikan la plak
kat mana kaum ni duduk...
tapi cantik je, sama je ...



ni lagi unik ..
cuba perhatikan...kaki baby kelihatan
yang pregnen selalu rs kena tendang
agaknye kaki tu la ek :)
bile tgk tu terkejutnye..
so far tak pernah nmpk plak
kat diri sendiri camtue :)

p/s:pic semua di atas dpt dr email kawan, x tau la sejauh mana kebenaran
tapi kalau betul, uniknye!!kalau ade yg tau kat mana tmpt2 tu, bgtau la ek....