.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

March 30, 2007

air terjun@pertak


akhi membanting tulang ...ahaks!

mie..sedang kipas bbq


nuha..mak...akhi..fakhru dan mie ready bbq
































March 29, 2007

tokayah@klcc@menara KL





hujung minggu bawa tokayah (atuk belah mak dari penang)...gi jalan-jalan area menara kl & klcc.saje dia teringin benor nk pi naik eyes of malaysia...tapi kami tak sempat so bawak gi dua tempat tu je...apapun tokayah enjoy!hiks...saksikan lagi pictures kami di atas...candid!!

apapun bagi yang tak pernah pergi..pergila...nak kata best erm..biasa jek...
tapi ramai visitors dr luar negara...majoriti dr negara arab...fuh! pakai jubah serba hitam tapi comei2...geram tgk anak2 nye...cute!!









muka penat @dusun eco resort



lihatla wajah-wajah candid...erm..sempoi je minah tu.mamat tu macam garang la plak...
erm ni minah tu dah penat...pakai tudung pun senget..ehehehe...aperla tu baru single jaga suami je...kang ade anak camner la rupanye...ish ish....kena jaga penampilan ni...takut cik abang carik lain...ehehehe.....wakakaka...
gi dusun eco resort...cuti-cuti malaysia....best dan adventure!...
erm..alahai laki pun bagilah bajet lebih sikit bleh la si isteri gi facial ke gi treatment kecantikan ke....whatever la!...ehehe.....

March 28, 2007

thanks Salihah!!!



petang ni boring-boring bukak emel...lor terkejut ade suprise to me....

tak sangka salihah my best friend ex hira' (classmate hira') bagi picture ni ...dia wat sendiri dan dia tujukan khas to both of us...thanks!!...we really appreciated your virtual gift.....
nanti buat la lagi ek!...awalnye bagi gift..hiks actually i yg patut bagi u gift on your coming besday (29/3/2007)..ni kire wish awai la ye dr kite untuk anda!..ahaks..."tiada hadiah bermakna untuk awak tahun ni melainkan hadiah seorang baby yang comel..Fateh Imtiyaz!"...hiks!

alhamdulillah!...alhamdulillah!...alhamdulillah!...

alhamdulillah!..alhamdulillah!..alhamdulillah...selautan syukurku ku kepada Allah...still not enough to express my feeling ...terima kasih ya allah!terima kasih bg insan-insan tersayang yang mendoakan...sebenarnya debaran kerja yg mendatang ni lagi merisaukan...apa2pun...hidup perlu diteruskan..doakan saya ye kawan-kawan!!..amin!!

tepat jam 10.00pm khamis mlm jumaat last week...22/3/07....after visited my uncle..my mum told me that "along ada envelope besar dari SPA atas meja tue".....

u know what??? i hv received an offer letter from SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)/(JPA) to fill in the position as an Information Technology Officer (Pegawai Sistem Maklumat). I am required to report duty on April 22, 2007. heppi sgt!terharu hampir menitiskan air mata.terus i kiss my mum 2x (hubby kat sebelah tercenggang2...hiks!..nasibla ..hihi)


so one month notis untuk berenti keje.apa lagi, jumaat terus anto resign letter kat kompeni skrg.sedih+mcm2 perasaan.....nak tinggalkan kawan2...uwaaaaa..dah 2 tahun kat sini.....
sbg kenangan yg tak terhingga..i paste kan my 1st resign letter (b4 this semua resign sbb tamat kontrak)...so ni laaa surat 1st and hopefully last one i buat resign letter sepanjang hayat.amin!!


Nur Nuha Mohd Yusuff
xxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxx
March 23, 2007
Ms.xxxxxxx

xxxxxxx

It is with great reluctance that I submit this letter of resignation as Project Executive, effective from April 20, 2007. I have accepted an offer by the Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) /Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) to fill in the position as an Information Technology Officer (Pegawai Sistem Maklumat). I am required to report duty on April 22, 2007.

It has been a genuine pleasure working for Warisan Global during these past two years. I have enjoyed working with Warisan Global's fine staff of professionals, and I will miss them dearly. I have sincerely enjoyed my two years of tenure with Warisan Global Sdn Bhd and have appreciated all that you have done for me.

If I may be of any assistance in the hiring process or training of my replacement, please be informed that I will gladly make myself available to this effort and help ensure a smooth transition. Again, thank you for the opportunity to be a part of Warisan Global Sdn Bhd. I am sincerely grateful for the training and guidance you have provided over the past two years. I wish you and Warisan Global continued success in all your endeavors.

Sincerely,
…………………………..
Nur Nuha Mohd Yusuff

March 25, 2007

Ruangan Ilmiah Islamiyyah :D

Firman Allah s.w.t:
Demi masa! Sesungguhya manusia dalam kerugian! Kecuali mereka
yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan yang
hak (kebaikan kebenaran) ! dan berpesan-pesan dengan kesabaran!
Surah Al'Asr: 1-3

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Ballighu Anni Walau Aayah".
Ertinya:" Sampaikan daripada ajaranku walau satu ayat".

Sabda Rasulullah s.a.w:
" Ya Ali! apabila berlalu ke atas mukmin 40 pagi dan ia tanpa bersama ulama'
(mempelajari ilmu) nescaya keraslah hatinya dan beranilah ia melakukan dosa
-dosa besar, kerana sesungguhnya ilmu itu nyawa hati.

Allah Ta'ala berfirman:
" Innas Solaata Kaanat Alal Mukminiina Kitaban~ Mauquta "
Ertinya: " Sesungguhnya Solat itu adalah merupakan kefardhuan
yang ditentukan waktunya atas sekalian kaum Mukminin".

( Saheh Al-Bukhari )
Dari Abu Amr. Syaibani, katanya:
"Kami diberitahu oleh pemilik rumah ini , dan ia menunjuk ke rumahnya Abdullah.
Abdullah berkata: " Aku pernah bertanya kepada Nabi s.a.w : " Amalan apakah yang
amat dicintai oleh Allah?".
Beliau s.a.w bersabda: "Iaitu mengerjakan solat pada waktunya".
Abudullah bertanya lagi: " Kemudian amalan apakah?".
Beliau s.a.w menjawab:"Iaitu berbakti kepada kedua orang tua".
Ia bertanya lagi:"Sesudah itu, lalu apa lagi?".
Beliau s.a.w menjawab:" Kemudian berjihad fi sabillah yakni berjuang semata-mata
untuk meluhurkan agama Allah iaitu Islam".
Seterusnya Abdullah berkata:"Beliau s.a.w memberitahukan kepadaku 3 perkara itu
tetapi andaikata aku meminta tambahan kepadanya yakni aku suka meneruskan
pertanyaan, tentu beliau menambahkan keterangan untukku
".

March 22, 2007

SUAMI YANG LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB

Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka).Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar.

Allah swt. terlah berfirman yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala……”


Adalah diriwayatkan oleh setengah-setengah ulama bahawa sesungguhnya pertama-tama yang bergantung kepada seseorang lelaki itu ialah isteri dan anak-anaknya. Maka, memberhentikan akan dia itu oleh mereka di hadapan Allah dan berkata mereka itu kepada Allah, ‘Wahai Allah! Ambil olehmu bagi kami dengan hakmu daripada lelaki ini. Iaitu selesaikan dulu hak kami dan kewajipan lelaki ini terhadap kami, sebab ia tidak mengajar kepada kami suatu hukum pun. Lelaki ini tidak menunjuk ajar kepada kami tentang hukum-hukum syariat dan hukum-hukum agama yang telah Engkau turunkan ke dunia.

Oleh itu kami sekarang hendak menuntut hak kami. Kerana dialah kami jahil. Kami tidak kenal apa-apa melainkan makan minum dan rumahtangga kami sahaja. Hati kami gelap dan akal kami pun gelap dan hati kami juga buta.Dan lelaki ini telah memberi kami makanan daripada harta-harta yang haram.Dia menerima harta riba dan rasuah dan diberinya kami makan.Dia membeli barang-barang najis dan menyuruh kami makan. Sedangkan kami mengetahui pada ketika itu samada barang itu haram atau halal.Baru hari inilah kami sedar.Oleh itu Wahai Tuhan,tahanlah ia dahulu, dan kami minta segala kesalahan yang ada pada kami serahkan padanya.
Maka pada ketika itu setelah anak dan isteri mengadu dan merayu kepada Allah, Allah menerima segala pengaduan kerana saksi-saksinya telah jelas.

Dan kalaulah pada ketika itu kita masih cuba berbohong,maka setiap helai rambut kita, semuanya akan menjadi saksi. Setelah diadili setiap kesalahan yang diadukan oleh anak isteri itu, maka Allah membalas akan kesalahan itu dengan siksa yang amat pedih dan dahsyat walaupun kebajikannya banyak dan walaupun timbangan amalnya begitu berat sekali. Kesalahannya terhadap anak isteri kerana tidak menyampaikan seruan agama ketika di dunia hingga menyebabkan mereka jahil itu boleh menghapuskan semua amal kebajikannya. Akhirnya suami itu terjerumus sama ke dalam neraka.

Adapun salah satu daripada kebinasaan yang boleh menimpa kepada seorang suami sepertimana yang difirmankan di dalam Al Quran yang maksudnya:
“Wahai sekelian orang yang beriman, janganlah segala harta-harta dan anak-anak kamu cuba melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi di akhirat kelak.”

Firman Allah lagi yang maksudnya:
“Barangsiapa yang berpaling dari mengingatKu (Allah),maka hidup yang sesat sempitlah jadi baginya.”
Ingatlah satu peringatan Allah kepada seorang suami agar suami-suami sedar bahawa harta-harta serta anak-anak isteri boleh melalaikan mereka daripada mengingati Allah atau khusyuk di dalam beribadah kepada Allah.

Di antara perbuatan mengingati Allah yang terpenting sekali ialah sembahyang. Kalau di dalam sembahyang kita asyik teringat bagaimana hendak mengumpul harta untuk memberi kemewahan dan kesenangan kepada anak isteri atau bagaimana hendak memujuk hati isteri supaya dia sentiasa gembira, maka jangan mimpilah di dalam perkara-perkara lain kita boleh ingat kepada Allah seperti ketika kita bekerja mencari rezeki,ketika kita mendapat kesenangan dan sebagainya.

Dan yang paling menyedihkan ialah dalam usaha dia mengumpulkan harta-harta itu, dia tidak akan menghiraukan lagi tentang larangan-larangan Allah dan tidak memikirkan bagaimana hendak mendapatkan harta yang halal. Orang-orang seperti inilah yang akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang membinasakan diri di sebabkan oleh anak dan isteri.

Lagi satu kebinasaan yang akan menimpa kepada seseorang suami itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali ialah akibat daripada suami-suami yang tidak melaksanakan hak kepada anak-anak dan isteri.Mereka-mereka ini adalah terdiri dari suami-suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya sehingga sanggup membiarkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat.

Perkara yang melanggar syariat yang boleh dilakukan oleh anak isteri adalah banyak sekali daripada perkara yang haram hinggalah kepada perkara yang makruh dan dari kemungkaran yang kecil-kecil hinggalah kepada kemungkaran yang besar-besar. Seorang suami itu boleh menerima kecelakaan, kalau anak-anak dan isterinya melakukan kemungkaran atau melanggar syariat seperti mengumpat, mengeluarkan kata-kata lucah, mendedahkan aurat, mendengar lagu-lagu yang mengkhayalkan atau anak-anak perempuannya atau isterinya memandang kepada seseorang lelaki yang bukan muhrimnya.

Kemudian menurut Imam Ghazali lagi, bahawa sesungguhnya kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumahtangga itu adalah sangat banyak dan sangat merata, hingga
tidak dapat hendak diperkatakan satu persatu. Seseorang itu tidak akan dapat sejahtera daripada kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik anak isteri di dalam rumahtangga. Dan orang itu pula adalah yang mendapat pimpinan Allah setelah dia benar-benar suami yang sentiasa berdoa dan memohon sungguh-sungguh kepada Allah agar Allah membantu dia dalam mendidik dan menakluki anak isterinya, agar dia benar-benar dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah diamanahkan Allah swt kepada anak dan isteri.Dan akan anak dan isteri pula sanggup menerima dengan lapang dada.

Dalam hal ini tunjuk ajar kita adalah dengan tujuan agar anak dan isteri kita dapat memiliki iman orang-orang saleh kerana apabila mereka dapat memiliki iman ini, mereka juga kelak akan beramal sebagaimana orang saleh beramal. Dan sekiranya kita tidak berupaya menunjuk ajar mereka, serahkan kepada tok-tok guru..Ajak mereka mengaji Fardhu ain sama-sama. Sebab ini adalah kewajipan kita yang bukan saja tinggal di dunia saja tetapi akan berkait hingga ke akhirat. Di sana kita sebagai suami akan ditanya dan akan diungkit lagi oleh Allah swt.

March 21, 2007

allahyarhamah tok tijah @ 28.02.07 dlm kenangan

entah..tetiba air mataku mengalir bile baca luahan akhi dlm blog dia.jiwaku betul2 tersentuh.sebenarnya itula jua luahan hatiku untukmu tok!! yang menjagaku sejak aku bayi sehingga .... (dah 26 tahun aku skrg!!)...sedihnye tak terkata....semoga allah menempatkan tok (nenek) di kalangan org2 mukmin.amin!!
------------------------------------------------------------------------------------------------

-Allahyarhamah Tok tiJah-
al-fatihah ....buat allahyarhamah tok tijah..tok kesayanganku dan juga kepada semua muslimin dan muslimat...

erm..nak buat camne..ALLAH lebih sayangkan tok..walaupun tok selalu kate 'tok dah nak mati,tok dah mati'...tapi adik tetap yakin tok akan terus dapat melihat wajah adik yang selalu inginkan kasih sayang tok..dan adik pastinya akan terus melihat urat urat wajah tok yang menghiasi wajah tok..wajah inilah yang adik kenal dahulu..tangan tok inilah yang telah mandikan adik..tangan tok inilah yang telah menyuapkan adik..tangan tok inilah juga yang mengusap air mata sepi adik bila adik kesedihan..dan tangan tok inilah yang telah menggembirakan adik...tok..walaupun tunggang langgang rumah tok adik 'kerjakan',mati ayam ternakan tok adik buat sebagai permainan dan layu semua tanaman tok ,tapi tuk tetap bersabar dan tersenyum..mase tu adik tak paham ape ape pun tok..adik lah yang paling kecil sekali dalam keluarga adik..kenakalan along,haikal,abg dan adik tak pernah tok adukan pada ayah dan ibu..apa lagi untuk meminta bayaran yang lebih dari ibu dan ayah..walaupun tiada sebenarnya harga sebenar untuk didikan dan jagaan tok untuk kami..kerana nilaian itu bukanlah pada duit atau harta..nilaian itu ada pada ingatan kami pada tok..dan doa kami untuk tok...kami tidak pernah menganggap tok sebagai 'orang yang menjaga kami'...kami sudah menganggap tok sebagai nenek kami sendiri..walaupun tiada talian darah diantara tok dan kami...kerana itulah setelah 20tahun..kami masih menyayangi tok dan mengharapkan kasih sayang tok...tok tahu tak tok..tangisan kami pada hari pemergian tok ini tidak cukup untuk membayar jasa jasa tok..hanya ALLAH yang dapat membalas pengorbanan tok...tok..terima kasih tok..pemergianmu hanyalah sebuah jasad ..tapi ingatanku padamu akan sentiasa tersemat ....-warkah cucumu--dihari pemergian tok tijah 28/02/07-2.45.ptg

mansoura@egypt-paklong-uitm

riuh rendah rumah.akhi baru balik interview.insyaallah kalau semua berjalan dgn lancar...akhi (adik bongsuku yg baru dpt spm) akan fly ke egypt (mesir).amik course medic.mansoura university(betui ka ejaan?..entah! x tau huh..)ekeke.

so fly la dia di sana selama 6 tahun.harap2 jadi doc berjaya! amin!..erm..actually..my parents dah pesan...kalau depa cukup bajet depa akan gi antar sekali adik bulan 8 nie ke egypt.so depa dh bgtau awai-awai simpan duit! kalau nk follow bulan 8 nie.so kalau u all tgk i ade kat opis sepanjang bulan 8 tu faham2 la ek!...ekekeke.

alhamdulillah paklong dah di rehatkan di rumahnye.so akan masuk balik untuk wat operation.erm..semoga segala urusan dimudahkan.tq for those yg doakan! amin!

saje iklan kosong...sape nk sambung belajar gi la kat website uitm..ade utk pengajian luar kampus.so kalau ade cukup bajet sambung la belajar! jgn buang masa...masa masih mude.pilih uitm?sbb murah dan dekat.....selamat belajar.cepat!!

March 20, 2007

Peringkat-Peringkat Isteri

Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:

1.Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu(dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu danbersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya.Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2.Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.Itulah dia golongan orang yang soleh.

4.Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya.Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali,asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora.Lama-lama kelamaan bercerai juga.Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi.

Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh TirmidziRasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orangyang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya.Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepadamereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab,"Merekaadalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah,saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

March 16, 2007

opis yg sunyi - spm - toilet

erm..mcm biasa opis ade banyak event.segamat:donation untuk org asli...kuantan:outreach.semua under maxis.so ramaila bos-bos tak de.i mcm biasa sambung keje yg perlu disetelkan sambil mengupdate blog.erm..minggu ni mcm tak ade apa plan.plan nak berehat di rumah.oh ye ari ni tokayah (datuk sebelah mak) datang umah.nak gi tgk paklong di ICU.doakan ye paklong cepat sembuh.amin!!

akhi cam biasa dh tau result dia.congrats! dik!...itu yg terbaik yg hang mampu lakukan! we all tak 'kechiwa' pun.kami tau hang bajet tinggi...tapi yakinla ade org lain lagi sedih dr hang.
congrats! 7 subjek A!...korang tau dia dpt 5 subjek yg B (bm,bi,ba,est,addmth).yg lain semua dia A (fizik,kimia,bio,math,etc)..kire ok la tu kan?...so adik jgn sedih ok!...all the best to be a doctor!...cuba dulu apply..x dpt kite cube kos lain...ok?
ade hikmah di sebalik result tu... heppi!

pagi-pagi nak masuk toilet opis...terus nak termuntah!
ade org terlupa flash!! huhu....objek tidak mahu di lihat!!!
moral of the story:jg kebersihan toilet!!!

pak long icu di SMC

doakan la ye..my pak long masuk SMC dah dua hari ICU ...serangan jantung.actually pak long baik sgt.humble je orgnye.kami semua pergi melawat.ari rabu kami pi tgk(1st day masuk).
sebenarnya nk bgtau kalian..SMC biasala hospital private mahal...tapi respek gile dgn layanannye!mujurla anak pak long (abg endi tu pilot berduit)..so dia mampu bayar.on that day pak long dikejarkan ke sana..abg endi fly...u all tau bp kos utk ade satu ubat tu? untuk selamatkan nyawa paklong?rm3K.total untk 1st day aje...sorong katil rm6K...tu blom kire-kire hari yg berlalu...
mula terpikir...mampukah i nak beri rawatan sebegitu tiba2 sekiranye parentku emergency treatment??..aku harap aku mampu beri yg terbaik sbg anak.so kena la kite2 simpan duit...malang tidak berbau! bukan kata hospital kerajaan tak best(kdg2 private pun rujuk gomen tau tak?!) so jgn double standard!..cume my opinion sape mampu gi la private...it's up to you guys!!

March 14, 2007

meeting@Grand Season Hotel

fuh..selesai dah. 2 hari kami (me,shima,pa'an dgn pipi) my opismate join meeting dgn gomen servent...setiap state datang...cam biasa..x de apa sgt.ni dah 2nd time kami attend.cuma yang menarik perhatianku...hehehe...ragam org gomen pi meeting.(sori! sape keje gomen..ahaks...jgn amik hati..hehehe)..silap ari bulan i plak yg kena keje gomen 1 hari nanti..hihihi..

pi meeting ...masuk jap..pehtu TERtidur(maklumla jauh)...pehtu masuk jap..kuar sat pi smoking...huhu...masuk balik...
baper kerat sgt la yg dgr tul2 meeting tu..huhu..erm camner la ek nk bagi report kat org bawahan..hehe...(komen banyak2...kang!alamak takut mulut i kena gam!..stop!)
tak dinafikan ada gak la ade yg prihatin..mmg fokus ms meeting..idea canggih!
moral of the story: hidup pekerja gomen menjana hidup rakyat malaysia bertamadun!..hihihi....

March 12, 2007

hari ngantuk sedunia

tak tau nak cakap apa...tapi serius hari ni mmg ngantuk sgt.
actually semalam gi mandi air terjun. saje menghilangkan stress akhi (adik bongsu) tunggu result kuar hari ni.until now still tunggu result spm dr die...sure dia cuak tue....
penat smlm tak ilang lagi..ngantuk gile nie...huh...nak balik tidur!!!