.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul 1430 Hijrah

Salam maulid buat semua.
Moga 1430 tahun Nabi SAW meninggalkan kita, membuatkan kita terus istiqamah menelusuri jalan perjuangan Baginda. Amin



Memperingati akan kelahiran Rasulullah (s.a.w) marilah kita mengucapkan syukur dan berselawat keatas dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat:

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya"
(Al-Ahzab:56)


Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal , merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengertian di sebalik sebuah sambutan majlis Maulidur Rasul.

rugi le ...

"hehe..rugila kalau gi jalan-jalan tapi tak amik pic saya...
saya nak jugak...
saya kan masih besday girl...
esok genap saya setahun sebulan tapi blom jalan sendiri lagi...
kena org pegang..kena pegang meja, pegang kerusi
saya takut jalan sorang-sorang
takut jatuh :P
makcik-makcik pakcik pakcik doakan saya cepat jalan ek ....
tapi mulut saya pok pek pok pek...;)"



izzah hanaani @ CH @ 070309



;) x de tajuk

snap dari jauh je ;p

berenti rehat mkn...

awat mcm marah je?

kami bertiga amik tema color strawbery ...

*************************************************


saje je...takde tajuk.
sambil pegi org kawin kami pun melancong gak (dah kali ke-4) ..huhu......
sambil menyelam minum air....
asik amik pic pengantin je...kami pun nak gakk :)
layannnn :P

tahniah! akmal&nadia

Salam semua, 1st nk ucapkan tahniah kat my kazen sbb dh selamat bergelar suami kepada kak nadia...selepas hampir persahabatan lebih 10 tahun kan?...:D ..yerla seri pengantin...serius tak nmpk pun dua-dua ni dah over 30! awet mude le tue! Nikah dan kenduri belah perempuan selamat dijalankan di Tanah Rata Cameroon Highland. Adoi le! demi hang kemal, risik tunang kwin....cameroon tu dh mcm rumah sebelah je.. walhal nk naik tu ya allah, fenin fenin semua...maktok sampe muntah..hehe itula dia hikmah hang kawin lambat...dpt isteri nun atas bukit :P....nak lari pun manyak susah o0o0o0..... kak nadia ni mmg dr kecik dah membesar, sekolah di CH. sbbnye mak ayah dia dr zaman dolu-dolu dh duk CH sejak keja sana. Enjoy la ye..tgk pic-pic yg sempat di tangkap oleh my hubby :)

Nak jadikan citer, kawin ala tema taman ni diraikan oleh sape-sape saje yg melancong kat CH. sbbnye majlis ni di tengah-tengah CH, so sape lalu semua dijemput makan..hehe :P termasukla geng pelancong dr jepun tu yg amik kesempatan tgk weeding org melayu ;)



pelancong jepun


debar akad

hok bj hitam tu pengapit..adoile asik pengapit je..your turn bile plak ;)


gi weeding ni semua speaking London ;)...hehe..BI kena polish balik ni...dua adik bj merah ni anak buah kak nadia..semua speaking mantooopppp..;)


demi cucunya, mak tok pun dtg.nmpk tak? duk atas kerusi roda..tudung biru.mai dr penang

March 4, 2009

lagi kek....

lega ade gak snap pic kek ni.khas untuk org egypt tu yg tak dpt mkn, so cium bau dan cium pic pun jadila ek ;)...
diambil dr sini.... ? ..promote bisnes member :D
enjoy! :P


123...A B C

ulang tayang ...hehe

number one!

ade belang-belang.....:p

March 2, 2009

aduhai :)


untuk makluman sedara mara den, kekawan dan etc...aduhai...nk bgtau wat makan ni kecik2 aje..panggil yg dekat-dekat taman rumah ni je..anak-anak jiran sebelah..termasuk kawan-kawan izzah setaman.... x dela saya invite sampe yg jauh-jauh. tak de la nk dera kalian dr jauh dtg ke klang.mmg wat kecik ajo... jgn plak ade yg berkecil hati ye. makluman gak pd kalian yg tak tau lagi, hp saya hilang.....minggu lepas. so x dpt nk sms atau call...ampun bnyk-bnyk. so setakat yg dekat-dekat umah je sy jemput dan kwn-kwn yg duk area selangor.nak buat grand ..nt kena wat kat hotel br gempaq skit. tu la ade yg tertipu dgn backdrop, nmpk mcm grand! ;p.pada hal terselindung di sebalik back drop yg nmpk mcm grand tu :).walhal kocik-kocik ajo.....maafkan saya dan seisi keluarga ye! ;). i'm sorry!..bak kata amir rj lawak?! :D

susu ibu :)

Ini adalah entri di blog bekas roomate.. ms kami sama-sama keje di MDEC. Merangkap rakan sebilik ms di rumah saya. Before kami menyewa bandar sri putra.Bila baca entri dia... rs teruja untuk menambah persiapan untuk bakal anak saya yang kedua nie..insyaallah doakan la ye. plannye nt nak servis mesin pam spectra saya yg dah ada ni, then nak tambahkan botol untuk simpanan dalam peti ais.dulu izzah... skrg turn adik dia dia. mungkinkah mereka akan berkongsi susu? :) selepas saya melahirkan anak kedua? memandangkan jarak antara mereka masih memerlukan susu ibu ? :). Di bawah ni saya copy paste entri kawan saya..intan.
-------------------------------------------------------------------------------


Stok EBM untuk anakku

Posted by Intan on 8:53 AM in ,
Inilah dia koleksi gambar stok EBM Intan untuk anak ke-2, Aleeya Khairina. Alhamdulillah, 1 sesi EBM selalunya dapat dalam 8 Oz. Kadang-kadang boleh mencecah 10 Oz. Intan EBM guna Spectra3 yang dual pump. Alhamdulillah, keputusan untuk invest sikit duit untuk beli Spectra3 ni memang berbaloi. Intan beli sejak anak pertama, Aqeela Qistina dan berjaya fully BF Aqeela. Sekarang turn Aleeya pulak untuk dapat khasiat yang tak ternilai ni.

Spectra3 ni dibeli dari momslittleones. Puan Rita & staf-stafnya memang friendly dan akan berikan penerangan tentang apa sahaja yang berkaitan dengan BF yang kita ingin tahu. Mula-mula Intan nak beli jenama lain yang manual & single pump. Tapi atas nasihat Puan Rita, dia syorkan beli yang dual pump & electric seperti Spectra3 & Medela. Oleh kerana Medela agak mahal, Intan ambil keputusan beli Spectra3 Extravaganza sebab bila tengok review tentang pump ni di momslittleones, kebanyakkan kata berbaloi, cepat dapat EBM, tak bunyi kuat seperti pump yang lain dan yang paling penting lebih MURAH! Dah ramai dah yang Intan recommend untuk beli Spectra3 Extravaganza ni. Antaranya: K.Carg, K.Ngah, Dik Umie, K.Sobi, K.Yus, K.Ziana dan ada beberapa orang lagi...

Jadi, buat bakal-bakal ibu & mommies yang nak anak sihat dengan antibodi yang cukup tanpa perlu mengeluarkan belanja beribu-ribu untuk susu formula, berikan anak anda susu ibu! Usahakanlah untuk invest sedikit duit membeli dual pump seperti Spectra3 supaya anak anda membesar dengan susu ibu yang paling tak ternilai harganya...


Inilah hasil EBM di ofisku... Alhamdulillah, dapat 9 Oz.

Stok EBM dalam freezer.
Selalunya stok EBM diagihkan kepada 2-3 Oz untuk setiap botol.
Ada yang tak teragih sebab terlupa, hehehe...

Dua botol betutup pink tu botol sejak zaman Aqeela.
Masih elok untuk digunakan.
Yang biru tu baru beli.

Barisan EBM untuk Aleeya Kairina :-)

Ni sesi pada waktu & hari yang lain di ofis Intan.
Alhamduillah dapat 10 Oz.
2 botol susu ber'posing' depan gambar Aqeela, hehe...

11 feb di sambut pada 1 mac :)

alhamdulillah, wpun plan last minit dan tau sememangnya ramai org ade jemputan kawin hujung minggu, alhamdulillah selesai majlis ringkas besday untuk anak kami Izzah Hanaani. Ramai budak-budak kenit-kenit dtg sekeliling rumah ni. Seronok pun ade jugak, yerla dulu ms kecik-kecik mak ayah buatkan besday kami 4 beradik, skrg my turn plak wat utk anak sendiri.mcm tak caya pun ada jugak!!!



huh actually kredit untuk my mum sebab bertungkus lumus siapkan menu behun singapore dan kari daging ala-ala rendang. tq mak! :*.Untuk cik Lela kita kredit sgggtt2 sbb tolong di saat akhir, kire penyelamat la. tlg mcm-mcm kat dapur. tak tau le kalau lepas ni dia dah kawin camne ek? huhu.sape nk tlg i? ;p. sbb pagi tu i dgn mie sesat pi amik hp dgn sesat pi amik kek...apapun alhmdulillah design kek dan taste kek tidak menghampakan! ... untuk pak ngah ekal tq buatkan back drop...hehe. dan untuk uncle fakhru tq sbb gorengkan nudget andkentang goreng..to my daddy tq sponsor satay..lenkali sponsor lagi ek!...hehe dpt pahala. to my beloved husbnd yg dah dua minggu keje sampe pagi..tq sbb memahamiku :D..haha...:P....*rahsia*.keh keh keh...



ni pakngah dia..asal sejak keje rawang ni....dan sejak duk umah ni...perut ala boroi ek?! :D

Antara menu yg ada, limau, tembikai, karipap, puteri ayu, bubur lambuk, nasi himpit.....dan alahai tak ingat le...tapi semuanye yg ala-ala sesuai utk budak-budak...banyak yg dtg geng anak-anak kecik jiran tetangga kat taman. pic izzah atas tu x de kene mengena dgn senarai menu..hik hik.

ni antara group pertama yg datang..hehe. diorg dtg sebelum kami sampe. kami laki bini sesat pi amik kek.sampe umah budak-budak ni 1st group yg dah sampe. hehe

antara tetamu yang hadir. yg dtg belah tghari...petang ..silih berganti.apapun tq bg yg dtg memeriahkan majlis.tertutama anak-anak dan cucu makangah..paling awai!!!. hehe. tapi kak long mana ek?..keje ek...so sbg kredit utk makngah.... tu diaaaa pic dia bwh tu ;p,satu dunia bleh tgk makangah dlm blog ku...hehe.sedap kuih koci makangah.nak lagiiiiii :D

makngah tgh layaaaaan kek ;p...hehe.....


p/s: kalau ade mata yg nmpk perasan tak my hubby tak de...sbb dia tukang amik pic. sian dia pic dia tertinggal. lagi satu my hubby dh setkan kamera tarikh 11/02...hehe senang nk cuci wat kenangan. kire tipu.haha. tapi ade gak yg terlepas jadi 1/3.camne tu...haha.....

kek sisi atas bwh depan belakang

dalm pic nmpak kek ni mcm x lawa...tapi kalau kat luar tu, kire kami puas hati le...cantik dan kemas....
silap plak tak snap dr semua angle....yg angle atas ni tak nmpak words abc dgn 123 kat keliling dia...alahai...miss plak snap angle yg cantik-cantik...layaannnn

ni cucu makangah nk gak bergambar...hehe.siap peace tu...;)

1 tahun :)

keliling ade tulis abc sampe z, dengan 12345.....jom pi tadika ;p

hadiah

sure korang boringkan asyik cite pasal izzah kan...haha...
tapi nk wat camne...ni blog saya..saya suka hati nak letak apa entri..hehe nmpk cam ganaz lak cakap camtue...yerla ada anak cite anak ...ye tak?...:)
anak membesar depan mata adalah nikmat paling berharga..tambah bile diabadikan di sini. mana yg baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan, amin!! :D

ms besday izzah tu ayah dgn mama hadiahkan dia kek dgn baju je. tapi lain plak dgn tokayah maktok dia...bg hadiah niiii...aduhai perli ek! haha...suruh izzah cpt jln le tu...
izzah blom jln betul lagi.ni baru bertatih2.dia bleh jalan tapi kena org pegang, tak pun dia akan pegang bucu meja atau kerusi.selebihnya meniarap! :)...pencuci lantai terhormat.
org kata if lambat jalan and if lambat tumbuh gigi..sbb kita tanam uri dia dalam-dalam..er betul ke? ade sape-sape bleh komen? actually dpt statement ni smlm ms wat makan-makan izzah.ada kwn bgtau .... serriuuss br tau petua tu! lag satu pesannye anak pompuan tanam uri depan rumah supaya cepat laku..hehe....mcm-mcm :) ada percaya????


jeng jeng...ni la dia hadiahnye..tq tok ayah maktok!! ...lain kali beli lagi..hehehe...




s

besday girl :D

ni adalah pada hari kejadian yang sebenar iaitu pd 11/2/09....genap izzah setahun. tapi siannye hari besday tu dia demam, batuk dan selsema. di sebabkan besday dia jatuh hari bekerja, so ayah dia belikan kek kecik je untuk family. di sebab kan ayah dia kata nk wat kenangan gak..so ayah dia dengan cekalnye amik pic izzah yg sedang tidur demam pegang pisau kek...saksikan!!!:)


alhamdulillah pagi esoknye kami gigih gak nk suruh dia berjaga amik pic :) besday girl ..hehe
so before gi opis pagi-pagi tu..kami snap jap!. dlm kalut-kalut pi keja tu..dgn muke izzah yg tgh blurnye dan dgn tak mandi lagi...dgn mood tidur kami candid amik pic ni...hehe :D....

anak ayah :)


anak mama...sure sengih le :)

hp hilang....


adoi le...br tau parahnye x de hp.soriii ek sape yg ade cl / msg dan sbgnye... ptg jumaat tu balik lambt dr opis. dlm j8 baru gerak balik. so solat mgrib dulu kat surau opis.

balik umah nk call vendor buat kuih dgn kek, tgk hp ngak ada.dlm kul 10mlm try call...tgk ade laki angkat.rupenye pak guard opis jumpe kat surau then dia simpankan. aduhai...dr hr sabtu cube nk dptkan pak guard tu..tapi di sebabkan dia bujang dia sokmo x ade. gi stadium tgk bola, nk kuar gi makan dan etc.


ptg ahad smlm alhamdulillah br jumpe my hp semula.patut senang je nak gi umah sewa pak guard tu...tapi tah camne sesat sesat...huhuhu dugaan betul.so bile dpt hp, terus la teruja sbb nye...hp dh la lama patutle x de org sudi amik haha..tapi br je berangan kalau hilang terus..ade chance beli hp baru.kwang kwang kwang :D

February 20, 2009

nanti ek :D


sori kekawan dan sedara mara...x sempat la nk update lagi stori. banyak sgt aktiviti di rumah dan opis yang terpaksa dibereskan. di tambah plak line tenet kat umah tidak berapa bagus dan ilang mood..huhuhu. so tunggu la ek entri yang entah bile. harap-harap x de la lama lagi :)

p/s: izzah blom jalan lagi tapi dh bertatih-tatih, memanjat tangga dari bawah sampe atas,penat nk kejar. panjat kerusi. dah gi cucuk setahun. dah tumbuh gigi atas....2 1/2 batang hehehe....skrg dia tgh selsema batuk.dekat 2 minggu dah. skrg dah kuat meragam. org kata sbb dia dh tau mak dia nk dpt adik. kdg2 tu kelakar gak, bile izzah menyusu yang dalam perut pun menendang gak..:D.

saya?...3 hari kena gi kursus mula hari ni sampe ahad.tinggala izzah dgn mak saya :D..waduh windunye! :D...tapi x pe, dekat jel kalau izzah nangis bleh bawak je tidur kat hotel nanti,

February 11, 2009

tetiba kan rasa mcam :)

hehe ..br je beberapa saat td menjenguk jap ke blog adik sy yg cool dan rockers ini..kui kui
tetiba rs agak teruja le jugak dgn idea yg dilontarkannya...
al-maklum le kalau kek ghumah tu mcm hantu gak le (hehe,hantu?:D)...
iyerla dgn pala gile-gile tue...dgn seluar ala x gosoknye..dgn rambut yg serabai nye...x bersikat...hahaha (ini blog saya suke ati saya nak blame sape..hehe) ...jgn saman kat court ok ......dgn niat saya tidak sengaja mengumpat anda..hehehe...

so bile terbc entri dia ari ni...agak teruja la gak..
agak alim ala-ala apa ek..peghujah le ..kang kata ustaz tinggi plak kembangnye nt..hik hik
semoga terus di beri petunjuk...hehehe
bleh ke kata gitue? :D...hehehe

siap iklan lagi ni..blog dia.....:)..

doa untukmu :)


"Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya"

Nikmati serta hayatilah video klip ini.
Selalulah kita doakan kesejahteraan kedua ibubapa kita.

Doa agar anak patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Doa agar anak mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41

Doa melembutkan hati anak yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6

Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

110209 : Happy 1st Birthday, Izzah Hanaani!! :)

***********************************************************************


pejam celik pejam celik...pada tarikh hari ini...11 feb 2009 :) besday izzah yang pertama!...
bile teringat saat setahun yg lepas....time camni j 10 am sedang sibuk kemas bilik...then tetiba air ketuban pecah....hehe..kul 12 baru check in demc....then dan seterusnya....nantila ingatkan balik posting yg lepas dalam blog ni :)....dan insyaallah debaran yg sama akan berulang kembali dlam tahun ni untuk my second baby, insyaallah doakan ye!
klik sini :)

isnin 10.00 am : sedang kemas bilik, kemas meja komputer...tetiba basah...air ketuban pecah, terus call hubby....dia suruh readynk gi DEMC.
11.00 am : siap mandi, makeup2...hehehe bergaya mcm nak gi jalan2...bwk kurma,air zam-zam...
11.30 am : bertolak ke DEMC ...singgah kedai beli biskut roti, sbb tak brekfast lg
12.00 am : kena tahan masuk bilik utk monitoring, pasang ctg etc...siap lunch lagi daging lada hitam demc bagi, kami husbnd and wife je ade sambil tgk tv
2.30 pm : doc cek kata baru 1cm..ms doc cek ni mmg tak sakit lagi yg contraction
doc masukkan ubat suruh jgn gerak selama sejam
3.30 pm : ubat mule beroperasi sepenuhnye, dh start rs sakit contraction sikit2...
4.30 pm : dah rs sakit yg selang yg kerap gak...tp mcm tak bleh tahan lagi,..suruh nurse cek...bukaan baru 2 cm..huh!!....
4.45 pm mak ayah dtg , sbb tunggu ptg sikit sbb keje kan...lagipun dtg awal2 blom tentu bersalin lagi..doc jangka tgh malam nt deliver..... ayah dtg bersama air akar fatimah ayah baca2 doa sebelum gi demc
5.30 pm : sakit semakin kerap...dh mcm tak tahan...tp bile fikir2 baru 2 cm ..malas nk masuk labour room, tapi atas nasihat mak ayah dia suruh gi, sbb kata diorg tgk muke dan sakit lain mcm je....huh! mmg tak tau tu rupanye sakit nk bersalin!! raman dan syura dah sampai dtg melawat :), tq sgt2!..pembakar semangat....
6.05 pm : tolak labour room, cek2 dah 8 cm!!!....husband terkejut...nurse pun terkejut..ade org kata berkat air akar fatimah tu, wallahualam :)...alhmdulillah.
ms nurse cek tu mak ayah dh turun sbb diorg ingat lmbt lagi deliver...
6.19 pm :selamat bersalin :)....alhmdulillah...sepatutnye doc mazita tapi doc norleen yg sambut....kata dia terpaksa jd bidan terjun...sbb baby kuar awai...
nurse yg ade terkejut sbb biasa anak sulung 12-14 jam ...alhmdulillah berkat doa suami, mak ayah, kawan2...allah mudahkan kelahiran..alhmdulillah sgt2...
paling terharu husband pun turut sama dlm proses kelahiran..tlg pegang kepala dan kaki, bg semangat....ingat lagi kata dia : 'sikit lagi..baby dah nmpak rambut :) '...alhmdulillah kuar la IZZAH HANAANI BT MUHAMMAD RAHIMI :) semoga kelahiranmu memberi kebahagiaan keluarga di dunia dan akhirat,amin!!

touched by @mn4ever98@ at 4.3.08 2 comments Links to this post
February 24, 2008
Welcome IZZAH HANAANI - KEMULIAAN KESAYANGANKU