.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

September 15, 2008

berbuka posa

me & izzah (sue, dah gemuk kan i? :D)

mujed, mie dan izzah & suria

girls...:) kat dalam

boys mkn kat luar :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
1st gathering 3rd batch sekolah berjaya buat kat umah suria
b4 gi buka tu singgah kedai buah...tragis, jatuh kat kedai buah! hehe
injured!...doc bg ubat..dia pesan jgn urut dulu tunggu dh hilang bengkak,sbb nt urut lagi bengkak..
lawak gak le, rasanye uncle buah tu bg murah sbb kecian tgk awek ni jatuh terduduk..3 hari ni jalan dh mcm org kurang upaya :)
berikut pic di umah suria...aisyah enjoy it! :D

September 12, 2008

kena tag

hehehe..sebenarnya malasnye nak layan tag ni sbbnye kan...malas nk jwb soklan ..tapi ni tgh lunch bleh la layaaaaan jap! :P lagipun tak nak mengechiwakan sepupu i hifzaila ni ...hehehe AKA maklang i sepatutnya :D...hehehe

Tagged by Hifzaila

1) What is the most important thing in your life?

family


2) What is the last thing that you bought with your own money?

beehun sup + air cendol + ikan patin masa lemak tempoyak


3) Where do you wish to get married?

hehehe..bleh ke wish ? kalau bleh anniversary nt wat kt sini bleh tak abg? :D.ok tak? ahaks...klik kat pis senyum ni :)


4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
4ever and ever, duniawi ukhrawi


5) Are you in love?
hehe...yup...in love with family... family... family...[repeat 100x]


6) Where was the last restaurant you had dinner?
afnan seafood

7) Name the latest book that you bought?
hahaha..x hingat lama dh tak beli...:P , Pa&Ma kot

8) What is your full name?
rahsia..ececece :P


9) Do you prefer your mother or father?
lor sape la yg wat soklan ni :D..dua-dua sekali!


10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Cindrella ..ops ade ke lagi? :D ke donggeng je...


11) Christina or Britney?

dua-dua tak emboh / tak mo...haha


12) Do you do your own laundry?

yup bile bakul dah penuh...tapikan nk berlipatnya haha dh mcm bukit....


13) The most exciting place you want to go?

1st sekali mybe joden [tmpt cinta monyet!] pastu nk gi bosnia...pelik tak?...ahaks..ade sape nk sponsor? pastu nak gi New Zealand tmpt lembu yg buat susu formula...alamak dah lebih dr satu..hehe


14) Hugs or kisses?

dua-dua sekali


15) 8 things I am passionate about:

window shopping,makan,tido,ym,layan blog,..alahai tak cukup 8 le!


16) 8 things I say too often:

poyos, kurang ajar ek, yo yo oo je, oh ye ke, eh tak la, x baik tau camtue,erm,ok


17) 8 books I’ve read recently:

hehehe soklan ni susah nk jwb... buku ni....tersgtla susah nk bc buku le! buku SURAT UNGU UNTUK NUHA pun baru bape m/s je bc hehe :D


18) 8 songs I could listen to over and over again:

satu je...sbb ni hari-hari nyayi kat baby..[nyayi dgn rentak dan gaya :P]

where is izzah....where is izzah,
i am here...i am here,

izzah izzah good girl...izzah izzah good girl
i'm here

19) 8 things I learned last year:

apesal suke sangat angka 8? ade ong ek...:P, satu je, camne nak pilih baju pregnen :)

20) Tag 8 people:

kak huda..kak najah....hana shakira...ifah brunei....fakhru...
Dr. hanin...kak fiza....jamaliah? :)

September 11, 2008

imej-imej stok susu

sebenarnya diri sendiri pun tak pernah dapat simpan stok banyak tue..:)

ni bekas dadih campur botol di isi susu ibu (dlm beku p.ais 2 pintu bleh tahan 3 bulan)


ni plastic khas untuk susu ibu

ni yang campur gak botol dan bekas dadih utk isi susu ibu


berikut adalah beberapa pic ibu-ibu yang menyimpan susu mereka di dalam peti ais...tadi try google ....sekali terjumpe pics ni.khusus untuk aufa :), zura :), syura :), salihah :), untuk pembakar semangat.termasuk gak untuk kak huda dan hifzaila :)....ok?! :D


September 10, 2008

Hukum Wanita Hamil & Menyusu Berpuasa

Mujed! harap artikel ni bleh bantu menjawab soklan tadi :P.minta pakar agama , ustaz ustazah komen kalau artikel ini ada yang mengelirukan ye...jazakillah! :)

------------------------------------------------------------------------------------
Wanita Hamil & Menyusu Berpuasa
« pada: January 06, 2008, 08:19:22 AM »

Sumber: Mufti Brunei

Menurut hukum syara‘ perempuan yang hamil sekalipun hasil dari perzinaan dan perempuan yang menyusukan anak (murdhi‘) walaupun anak itu kepunyaan orang lain disebabkan menderma atau diupah, adalah diharuskan bagi mereka untuk berbuka puasa semata-mata kerana dua perkara tersebut.

Sekalipun demikian, persoalan lain yang timbul, apakah hukum yang berbangkit dari berbuka puasa itu? Adakah diwajibkan ke atas mereka qadha atau lain hukum mengenainya?

Dalam hal ini para fuqaha telah merumuskan hukum-hukum mengenainya. Rumusan hukum dan perbincangan mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang menyebabkan mereka berbuka puasa.

Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takut akan kemudaratan kepada anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan itu sahaja, maka wajib ke atas mereka membayar fidyah dan juga qadha pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkannya itu.

Jika mereka berbuka puasa kerana takut akan timbul kemudaratan atas diri mereka atau kedua-duanya iaitu takut ke atas diri mereka dan anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan, maka wajib ke atas mereka mengqadha puasa yang ditinggalkan itu tanpa wajib mengeluarkan fidyah.

Jika perempuan yang hamil atau perempuan yang menyusukan anak (murdhi‘) itu sedang dalam musafir ataupun sakit, lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhshah (kelonggaran) atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya, maka diwajibkan ke atas mereka mengqadha puasa itu tanpa membayar fidyah di hari-hari puasa yang ditinggalkan ketika musafir itu.

Dalam keadaan musafir atau sakit, jika hamil atau yang menyusukan anak (murdhi‘) berbuka kerana takut akan kemudaratan anaknya dan bukan berbukanya itu atas rukhshah musafir atau sakit, menurut pendapat yang ashah dia juga tidak diwajibkan membayar fidyah. Sebagaimana tidak diwajibkan membayar kaffarah kepada orang musafir yang sampai ke kediamannya ketika siang hari puasa, lalu dia melakukan persetubuhan di siang hari itu bersama isterinya yang tidak berpuasa disebabkan baru bersih dari haidh atau nifas di siang hari itu juga. (Al-Majmuk: 6/272&375)

Berkait dengan hukum ini, ingin juga dijelaskan apakah dia fidyah kerana meninggalkan puasa itu? Kepada siapakah ia diserahkan dan bagaimanakah melaksanakannya?

Fidyah ialah denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu dalam ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus ibadah (kerana uzur dan disyariatkan), dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang mengenyangkan.(Ensiklopedia Islam 3:264)

Adapun makna fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya.

Jenis fidyah itu ialah sama seperti jenis zakat fitrah iaitu makanan asasi dan yang mengenyangkan bagi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang patut dikeluarkan ialah satu mudd (secupak) iaitu kira-kira lima belas tahil beras bersamaan 566.85 gram.

Pihak yang berhak menerima fidyah itu ialah orang-orang fakir dan miskin sahaja. Fidyah itu boleh diberi dengan lebih dari satu cupak kepada seorang miskin berlainan dengan kaffarah, kerana ia hendaklah satu cupak sahaja kepada setiap seorang miskin hingga enam puluh orang iaitu tidak boleh dua cupak untuk satu orang miskin bagi membayar kaffarah.

Membayar fidyah itu diharuskan selepas terbit fajar di hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan kerana keuzuran seperti orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang terlalu tua yang tiada berdaya untuk puasa dan perempuan yang hamil dan murdhi‘. Walau bagaimana pun diharuskan juga mengeluarkan fidyah itu sebelum terbit fajar bagi hari yang dikeluarkan fidyah itu dan diharuskan juga mengeluarkan fidyah terlebih dahulu sebelum berbuka, akan tetapi hanyalah satu fidyah sahaja di hari berbukanya itu dan tidak harus mendahuluinya bagi hari kedua dia berbuka puasa. Begitu juga tidak diharuskan membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadhan.(Raudah At-Thalibin: 2/385)

September 9, 2008

:) saje je

ok sue! ni nuha dah upload wajah bertudung izzah :)
hope u enjoy it! :)
dia tunggu sue turun dr terengganu bawakkan tudung kaler lain plak!


betul la cakap orang, perasaan ada anak ni dengan masa bujang sangat la lain!
kalau tak jumpe sehari rs bertahun tak jumpe!
moga hari yang mendatang memberikan kebahagiaan kami semua didunia dan akhirat, amin!!
bile teringatkan kes-kes buang bayi hati terus teringat kat anak.....
bayi tidak berdosa....

Salam Ramadhan :)


hehe lama sungguh tak update blog sampe bersawang dah blog ni..
kalau ada labah-labah ni faham jek la ek :P ...sebenarnya lately tak tau la busy apa.. tapi mmg seriuuus tak tau nk stori apa...tapi 5 latest update :

1- khamis ni 11/9/08 : izzah insyaallah 7 bulan ...skrg ni mulut tak diam, meniarap pusing kiri kanan dan reverse ke belakang, meniarap ke depan blom lg :P..merangkak pun blom lagi 2- sibuk gak la shopping moppingg..maklumla 1st time ry dgn izzah :)..tentu ceria...:P 3- akhi still kat malaysia...balik egypt after raya :P 4-sempat gak la g tesco setia alam yg baru je buka secara rasmi (ramai org!!!) :P 5-hari-hari pk nk buka apa? nak sahur apa? :P

Sempena ramadhan ni nak ucapkan selamat berpuasa bagi pengunjung blog ni.... harap memanfaatkan setiap saat dengan niat MARDHATILLAH amin! mohon maaf ye segala salah silap, terlanjur kata, tertipu (ade ke?) hehe...terngumpat...ter..ter... ter apa-apa je yg boleh wat dosa...mohon ampun zahir batin ye!! 0-0 ok? kalau nk mintak maaf ms ry takut lupa :P...sibuk duit raya! :P

Of Recaps & Awards


Salam semua ! sori lama tak update blog :P

I got these awards from
Kak Huda

tq kak! sorry sampe dah jadi jeruk dah award tu..:P






tima acih banyak ye kak da...hehehe. ni nak sambung award tu pd mereka dibawah, cepat balas! jgn biar jadi jeruk gak...ekekeke :P

1. ika
2. chap
3. jamaliah
4. hana
5. salihah


The rules are:

1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees.