.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

July 10, 2008

meniarap jua akhirnya :)

gambar hiasan :)
dari kecik :)
dah besar :)


alhamdulillah akhirnya 8 hb julai 2008 izzah berjaya meniarap..dia berumur 4 bulan...patutla pagi tu awai betul dia bangun, 6.30am dah terjaga..dia golek2 atas sejadah terus bleh meniarap..lama gak dia training mengiring ...hehehe dari 3 bulan...ni dekat-dekat nk masuk 5 bulan berjaya! (x nak masuk 5 nak angka 4 bulan gak baru meniarap..ahaks!)...esok besday dia ke 5 bulan! hehehe


p/s: pic dia nt upload ek..tertinggal kat pc lain

egypt to malaysia :)

hahaha..lawak tul..
ade org tu nk wat suprise, aleh-aleh sian dia sorang kat klia
tunggu abgnya amik, lambat plak tu...
x pasal.pasal jadilah mcm org kesepian...balik x de sedara mara family sambut!...akakaka

itulah akhi!! SERIUSSSS mmg dia buat kejutan betul...
dia balik tak bgtau..dia mmg pakat dgn fakhru (mmu) suruh gi pick up kitorg...
seriusss mmg 8/7/2008 (selasa) mmg menjadik ar kejutan dia!!...hehe
dia dr klia (fakhru amik) terus drive keta amik kakak dia ni..amik mak dia then balik umah!
ayah pun terkejut..hehehe

ok la dik! along bg hang 100% kezutan menjadi!
siap drive tu (hidup lagi ke lesen keta hang?)...hahaha
siap delay kat dubai tu...hahaha...:P
slmt pulang ke tanahair..cuti enjoy betul-betul ...
jgn lupa balik egypt balik!hahaha

Wudhuq

copy paste dari email shima :)
--------------------------------------------------------------------------------------------
AIR SEMBAHYANG
"



1.
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 :
Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.



2.
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 :
Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.


3.
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini"..

Penjelasan nombor 3 :
Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4.
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 :
Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5.
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 :
Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 :
Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7.
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 :
Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8.
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 :
Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri
.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?


Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?