.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

February 20, 2009

nanti ek :D


sori kekawan dan sedara mara...x sempat la nk update lagi stori. banyak sgt aktiviti di rumah dan opis yang terpaksa dibereskan. di tambah plak line tenet kat umah tidak berapa bagus dan ilang mood..huhuhu. so tunggu la ek entri yang entah bile. harap-harap x de la lama lagi :)

p/s: izzah blom jalan lagi tapi dh bertatih-tatih, memanjat tangga dari bawah sampe atas,penat nk kejar. panjat kerusi. dah gi cucuk setahun. dah tumbuh gigi atas....2 1/2 batang hehehe....skrg dia tgh selsema batuk.dekat 2 minggu dah. skrg dah kuat meragam. org kata sbb dia dh tau mak dia nk dpt adik. kdg2 tu kelakar gak, bile izzah menyusu yang dalam perut pun menendang gak..:D.

saya?...3 hari kena gi kursus mula hari ni sampe ahad.tinggala izzah dgn mak saya :D..waduh windunye! :D...tapi x pe, dekat jel kalau izzah nangis bleh bawak je tidur kat hotel nanti,

February 11, 2009

tetiba kan rasa mcam :)

hehe ..br je beberapa saat td menjenguk jap ke blog adik sy yg cool dan rockers ini..kui kui
tetiba rs agak teruja le jugak dgn idea yg dilontarkannya...
al-maklum le kalau kek ghumah tu mcm hantu gak le (hehe,hantu?:D)...
iyerla dgn pala gile-gile tue...dgn seluar ala x gosoknye..dgn rambut yg serabai nye...x bersikat...hahaha (ini blog saya suke ati saya nak blame sape..hehe) ...jgn saman kat court ok ......dgn niat saya tidak sengaja mengumpat anda..hehehe...

so bile terbc entri dia ari ni...agak teruja la gak..
agak alim ala-ala apa ek..peghujah le ..kang kata ustaz tinggi plak kembangnye nt..hik hik
semoga terus di beri petunjuk...hehehe
bleh ke kata gitue? :D...hehehe

siap iklan lagi ni..blog dia.....:)..

doa untukmu :)


"Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya"

Nikmati serta hayatilah video klip ini.
Selalulah kita doakan kesejahteraan kedua ibubapa kita.

Doa agar anak patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Doa agar anak mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41

Doa melembutkan hati anak yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6

Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

110209 : Happy 1st Birthday, Izzah Hanaani!! :)

***********************************************************************


pejam celik pejam celik...pada tarikh hari ini...11 feb 2009 :) besday izzah yang pertama!...
bile teringat saat setahun yg lepas....time camni j 10 am sedang sibuk kemas bilik...then tetiba air ketuban pecah....hehe..kul 12 baru check in demc....then dan seterusnya....nantila ingatkan balik posting yg lepas dalam blog ni :)....dan insyaallah debaran yg sama akan berulang kembali dlam tahun ni untuk my second baby, insyaallah doakan ye!
klik sini :)

isnin 10.00 am : sedang kemas bilik, kemas meja komputer...tetiba basah...air ketuban pecah, terus call hubby....dia suruh readynk gi DEMC.
11.00 am : siap mandi, makeup2...hehehe bergaya mcm nak gi jalan2...bwk kurma,air zam-zam...
11.30 am : bertolak ke DEMC ...singgah kedai beli biskut roti, sbb tak brekfast lg
12.00 am : kena tahan masuk bilik utk monitoring, pasang ctg etc...siap lunch lagi daging lada hitam demc bagi, kami husbnd and wife je ade sambil tgk tv
2.30 pm : doc cek kata baru 1cm..ms doc cek ni mmg tak sakit lagi yg contraction
doc masukkan ubat suruh jgn gerak selama sejam
3.30 pm : ubat mule beroperasi sepenuhnye, dh start rs sakit contraction sikit2...
4.30 pm : dah rs sakit yg selang yg kerap gak...tp mcm tak bleh tahan lagi,..suruh nurse cek...bukaan baru 2 cm..huh!!....
4.45 pm mak ayah dtg , sbb tunggu ptg sikit sbb keje kan...lagipun dtg awal2 blom tentu bersalin lagi..doc jangka tgh malam nt deliver..... ayah dtg bersama air akar fatimah ayah baca2 doa sebelum gi demc
5.30 pm : sakit semakin kerap...dh mcm tak tahan...tp bile fikir2 baru 2 cm ..malas nk masuk labour room, tapi atas nasihat mak ayah dia suruh gi, sbb kata diorg tgk muke dan sakit lain mcm je....huh! mmg tak tau tu rupanye sakit nk bersalin!! raman dan syura dah sampai dtg melawat :), tq sgt2!..pembakar semangat....
6.05 pm : tolak labour room, cek2 dah 8 cm!!!....husband terkejut...nurse pun terkejut..ade org kata berkat air akar fatimah tu, wallahualam :)...alhmdulillah.
ms nurse cek tu mak ayah dh turun sbb diorg ingat lmbt lagi deliver...
6.19 pm :selamat bersalin :)....alhmdulillah...sepatutnye doc mazita tapi doc norleen yg sambut....kata dia terpaksa jd bidan terjun...sbb baby kuar awai...
nurse yg ade terkejut sbb biasa anak sulung 12-14 jam ...alhmdulillah berkat doa suami, mak ayah, kawan2...allah mudahkan kelahiran..alhmdulillah sgt2...
paling terharu husband pun turut sama dlm proses kelahiran..tlg pegang kepala dan kaki, bg semangat....ingat lagi kata dia : 'sikit lagi..baby dah nmpak rambut :) '...alhmdulillah kuar la IZZAH HANAANI BT MUHAMMAD RAHIMI :) semoga kelahiranmu memberi kebahagiaan keluarga di dunia dan akhirat,amin!!

touched by @mn4ever98@ at 4.3.08 2 comments Links to this post
February 24, 2008
Welcome IZZAH HANAANI - KEMULIAAN KESAYANGANKU

February 4, 2009

saya sgt fanatik lagu ni!



Saya sgtla fanatik dgn lagu ini..biarla org nak kata ape..tapi suke sgt song stand up ni...lirik dan melodi dia sgt kena dgn jiwa raga saya...!....

Pembakar semangat....:)....go go go for it, u can do it! ceewah
Salam semua,
Emel ni di fwd drpd mak saya. Erm...sgt teruja bila baca emel tesebut. Walaupun panjang ..harap semua dpt baca dan kalau nak komen, sgt di alu-alukan. Hehe...jgn-jgn lepas ni semua pregnen akan buat keje matematik :D...hiks!. Kalau dah bc amik iktibar. Bukan nak agungkan yahudi ni...cume amik yang mana baik untuk kite.
Bagus untuk dikongsi bersama ........................................................................................................................................................................

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik. Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA. Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon "

February 3, 2009

trip ke sarawak


salam...
dalam bulan 11 2008 sempat gi sarawak sefamily..sebelum akhi fly egypt.
di sebabkan terlalu banyak pic tidak sempat nk upload
maklumla anak ramai..ekeke (anak mata, anak tekak, anak sendiri)..hehe alasan! malas!...:D
so di sini disertakan sikit je beberapa pic di sarawak :D


ni kat luar hotel somerset yg kami duduk :D....



kpg budaya sarawak..hehe..aurat! :D..tu yg amik dlm jarak jauh je ..hehehe...

ni kat kedai kek lapis sarawak...mak paling banyak borong untuk kawan opis dia


ni kat pasar sarikei....peluh kepansan kat sana...ni si izzah bergaya atas kerusi rotan


ni kat luar muzium kucing..bnyk kucing o00o0o0


banyak lagi tempat menarik dan aksi menarik yg kami kunjungi tapi tak dpt nk upload dlm ni disebabkan kemalasan menunggu nk upload pic..yg tersgtla slow..o0o0 harap maklum :D.
dik, hang nk tgk pic sarawak ...hang balik bulan 7 ek :) . tak pun balik bulan 9 ke...duit JPA kan dah dpt..haha! bwk balik ole-ole skali untuk anak sedara baru...:P