.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

April 19, 2010

tolongla jaga mulut awak tue...

sebenarnya dh lama betul nk post entry ni,
tapi tak sempat2 dek waktu yg sgt busy ..huh...
citer ni dah basi, tapi dah panas balik
yerla kawan-kawan semua mengadu benda yg sama
kalau dulu asal dengar wat tak tau
tapi skrg bila sorg, dua, tiga...sampai beribu komen benda yg sama
rs berdosa plak kalau tak share pd semua
dah yang PALING PENTING si dia insaf...mmg dia bc gak blog ni...
semua komen ayat yg sama pd sy:

"ish! tak tahan la betul la mulut dia, suka kutuk2 org, mengata org dan menyampai2kan"...

disebabkan sy pun tak nak terbabit dgn umpatan ini, maka sy menasihatkan si 'dia' ini insafla....
cuba baca dan renungkan..sy juga nasihat pd diri sy dan pembaca semua,,,
he3..sy ni agak jarangla nk bergosip dan komplen sana sini..tapi disebabkan teliga sy dah panas maka sy rs dah tahap WAJIB sy membetulkan keadaan.

khas untuk si'dia':

1- cuba sedar yg ramai kawan dah tak nak kawan dengan awak..sbb mulut awak..herm....
2- awak tak tetap pendirian..kejap nk camni..kejap nk camtue..cuba firm!
3-awak gi rumah org, awak tegur ini tak ok, tu ok ,then citerkan keburukan(yg pd pandangan awak) pd pihak ketiga , walhal pd org lain tak buruk pun... tak pasal2 apa dlm hal rumahtangga pun nk citer kat org...manusia manusia...
4-awak komplen org tu tak bagus, org ni bagus. siapakah awak untuk menghakimi org lain dr perspektif awak? dan menyampaikan pd org lain??..adakah awak cukup bagus di mata semua org?..aduh! jgn begitu , satu tunjuk pd org lain semua jari lain tunjuk pd awak...cerminkan diri...
5-jgnla pandang rendah pd org lain...awak kata takde class untuk awak gi mydin? pergh...hidup ibarat roda..bila kita di atas esok lusa kita kat bawah..silap ari bulan kurang dr mydin awak gi....
6-cukup terasa bile awak tgk org kaya yang mampu memiliki lebih dr yg awak mampu, awak bleh tanya'tudung labuh ke dia'..fuh...ya allah tolong la jgn menilai org dr luar...harta kekayaan yg ada bukan untuk ditonjolkan...
7-awak perli kwn yg tak mampu beli brg, then kutuk2 then sampaikan pd pihak ketiga,then tetiba awak beli lagi murah dari kawan yg kutuk td..itu dah satu bukti. jgn selamber je mengata kwn2 sy...sy tak suka!
8-awak cukup suka citer perihal rumahtangga kwn2 sy dan org lain yg kami langsung tak kenal..itu tidak bagus kerana awak mengkomplen ikut cr awak, walhal org lain ok je
9-jgn suka menunjuk2 kekayaan yg ada, dalam sekelip mata allah bleh tarik. nikmat yg ada perlu disyukuri. tak perlu dibanding2kan dgn org lain

harap awak bc dan insaf...tak semua org suka dengan cara awak! tolong la jg mulut awak..
kalau awak bleh simpan aib kawan2 awak, allah akan tutup aib awak...
seperti renungan di bawah:

Meneliti Aib Diri Sendiri
www.iLuvislam.com
Oleh: Ustaz Mohd Zul bin Roslan*
Editor: buluh



Nukilan ini dari (Hujjatul Islam) Imam Ghazali:

Jika ALlah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut :

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seperti ini amat sukar dicari.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki basiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang yang cerdik, orang-orang yang terkemuka dan para pemimpin agama.

Umar RadiyaLlahu 'anhu berkata : "Semoga Allah merahmati orang yang dapat menunjukkan aib-aib kepadaku."

Ketika Salman mengunjunginya, beliau berkata : "Cuba sebutkan perilakuku yang tidak engkau sukai."

Salman menolak dengan halus. Tetapi beliau terus memaksa. Akhirnya Salman berkata : "Aku mendengar engkau makan dengan 2 lauk dan memiliki 2 pakaian: satu engkau memakainya di siang hari dan satu lagi engkau memakainya di malam hari."

"Selain itu adakah hal lain yang engkau tidak sukai?" Tanya Saidina Umar.

"Tidak"

"Sesungguhnya dua perbuatan yang engkau sebutkan tadi telah kutinggalkan," ucap beliau.

Beliau (Saidina Umar RadiyaLlahu 'anhu) pernah bertanya kepada Huzaifah. "Engkau adalah sohibus sir (orang yang mengetahui pelbagai rahsia. Di antaranya Huzaifah mengetahui siapa yang munafik dan siapa yang bukan munafik) RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang dapat mengenali orang munafik. Apakah engkau melihat tanda-tanda kemunafikan pada diriku?"

Perhatikan, Saidina Umar dengan kedudukan yang agung dan mulia masih mencurigai dirinya. Semakin cemerlang akal seseorang dan semakin tinggi kedudukannya, ia akan jarang berbangga hati dan semakin sering mencurigai dirinya sendiri. Yang kedua ini juga sudah sukar untuk dicari. Sedikit teman yang mahu berterus terang dan menunjukkan aib kita.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkap keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.

Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan menganggapnya sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi, orang yang memiliki mata hari jernih mampu mengambil pelajaran dari pelbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.


p/s: semoga entri yang panjang ini bermanfaat untuk semua. sori agak emosi di atas sesuai untuk si'dia'. harap jgn berkecil hati. ini adalah satu tazkirah untuk semua pembaca blog yg setia di sini.kita perlu sama-sama menjaga keharmonian hidup bersaudara.

lawatan ke hospital

tgh tekun dgr si ieja bercerita...seram o0o0..maklumla baru lepas operate...


semoga ieja cepat sembuh ok, amin!

muke takut...seram o0o0...citer kena bedah.tgk kwn pakai tudung pink tu...selamba je tutup mata ms bos tgh explain..haha...:-)

baru-baru ni ke HKL, melawat staff@ rakan sekerja sakit
masuk hospital..
rasa lama betul tak ke hospital kerajaan...
so agak teruja dan takut gak la ms lalu kat bawah tu
raaaaamaaai sgt org
pastu lalu wad kecemasan, lalu icu...seram sejuk badan

alhamdulillah sampe kat atas...dah tak crowded mcm kat bwh td
dah alhamdulillah kwn ni pun dapat bilik 1st class dan sorang...so selesa sgt.
didoakan semoga sihat selepas ini seperti sedia kala...

sorila ek..nk over shadow ...
bg yg merindui wajah i yg dh lama tak ke maya...
dah gemuk la skrg he3..tapi still ceria ;-)