.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

May 21, 2010

berkursus @ quality hotel

sori kekawan & kazen-kazen...

saya offline blog jap ye, tgh berkursus di quality hotel, antara MAMPU dengan jabatan kami negeri selangor dan perak....
minggu ni gi muar, johor bersama ayah mentua dan ibu mentua melawat adik ipar bersalin baby comel...balqis, 3.4kg! ...:-)....congrats! badriyah & awie :)

suke kanak2 riang si double I tue, setelah sekian lama tidak bercuti2 cutian...
sib baik perjalanan 2 jam je...kalau balik kpg perlis pasti lunyai mama nya dikerjakan
dalam keta sepanjang perjalanan..hehe...

apapun tunggu entry next week k...
citer izzah bersama baby dollnye dan si irfan yg nx month masuk setahun!!
cepatnye masa berlalu...
untuk baby ketiga????..hehe....nanti dulu ye, mama mohon berehat sebentar...
insyaallah bile jahitan operation dah ok sepenuhnya, kita tambah lagi umat nabi muhammad...amin!...

err, cik time bulan ni tak mai lagi ni...nak kena cek sendiri next week..hehe
risau gak, tapi takpe....org kata kalau fully bf mmg camtue
cik time ni suka lari2 time dia...mcm chipsmore..hehe...

May 12, 2010

izzah oh izzah...nk tergelak pun ada :)

lama plak tak citer anak2...
sampai zura sms apa citer anak2...sampe syura tanya: "nuha wat la entry izzah dh pandai ckp apa skrg"...

skrg ni kan peneman borak adalah si izzah hanaani :)
bleh tergelak, lucu melayan karenah dia...
alhmdulillah dia ni agak cepat gak le tangkapnye (mengikut kata2 babysitter dia le..)
maklumla kami kdg2 tak sempat ngajar, balik dah lambat. so masa dia banyak dirumah bs.
siap bs ckp 'izzah ni terang hati dia, mudah je masuk'...alhamdulillah moga2 kekal sampai bila2 doa makcik tu, amin!
tp izzah ni kalau suruh dia bgtau apa yg dia tau, hampeh depan org takkan ckp nye.
kita akan perasan, bile dia duk main2 nt akan terkeluar dr mulut dia benda2 yg dia belajar...

syura, skrg ni izzah dah bleh:

1- baca doa makan..cume maknanya je blom ajar lagi. tapi doa mkn dlm b.arab dah bleh. ni yg rajin ajar baby sitter dia...

2- ngaji alif sampai ya, akhir sekali dia akan cakap wassalamu (kami perasan dia dpt perkataan wassalamu dr bs) sbb kami ajar sampai ya je.... he he

3-abc....sampai z. yg kelakornya lepas z dia akan cakap wassalamu jugak ha ha ..lucu lucu...

4-1,2,3..sampai sepuluh. yg belas2 bleh tapi kena sebut depan dulu br dia sebut belas. eg (dua..belas)..nt dh penat eja dia ckp 'penat'..hehe.....
pastu kira one, two, three,...sampe ten.then cepat dia akan sendiri cakap'good' untuk diri sendiri.kira mcm angkat bakul sendiri...ha ha

5-kalau dia main dengan adik dia, bila dia marah adik dia amik brg dia, dia akan cakap, 'irfan, no! no!'...yg tak tahan tu siap tunjuk jari telunjuk dan goyangkan ke kiri dan kanan..hehe...mcm marah org tua...

6-hari tu dia suruh maktok dia wat kan susu, bile mak tok bagi kat dia susu dia cakap 'good girl'..ha ha ..belasah kami gelak...izzah izzah....kami ajar dia kalau perempuan good girl kalau laki good boy, lupa nk cakap plak kategori umur tua muda..haha

7- dia kalau sape2 pakai towel, atau saper terselak baju atau kain dia akan cakap 'malu-malu' nt dia cepat tarik kain / bj org tu..hehe

8-kdg2 malu gak, kalau gi mana2 especially are kpg2 kat umah bs atau mana2 la, si izzah ni akan cakap bi walaupun campur2...nt org ingat mak dia nak ajar bi je..ayoyo...
eg. 'mak, izzah takut cat'..(izzah panggil bs dia 'mak'), bird fly......mak! nak fish...mak..izzah nak chicken....mak, big lorry.....

9-skrg ni, sebelum tido izzah akan layan youtube dgn ayah dia, untuk belajar ngaji dan doa2 harian.kdg2 sekali dengan citer2 islamic cartoon (kat youtube tu mcm2 ada, just type alif ba ta)...
so skrg kalau dia ckp 'ayah , izzah nak tgk nyanyi' kami fhm le tu..kena cepat2 gi bukak kat youtube...dia bleh layan sorg2 sambil geleng2 pala...hehe


tapi dlm org tgk dia ok tu, adoi le,,,fenin mama&ayah dia melayan karenah dia
yg kdg2 mmg kalau tak sabar, mmg hilang sabar je ...
tambah balik keje dah penat2 dia wat hal...
org tua2 kata budak yg camni ni, mmg akal dia ligat so agak uji kesabaran gak le...

mcm baru baru ni, dia bgn tengah mlm sambil jerit2 nak susu,
satu taman dengar.pehtu ayah dia wat, dia tak mo ,siap suruh buat lain.
berlakun la kami laki bini gi buang susu buat susu lain..
dia nak mama wat. dah la mama nk bf adik...izzah ooo izzah...

pehtu bleh plak terbangun lagi kali kedua, menjerit2 nak air masak plak...
nangis nk tido buai.ayahnye enjut, tak mo...cry2...
nak mama enjut, walhal bleh je tido atas katil.ade mood dia nk tido buai adik dia plak..
izzah ooo izzah...si cyg mama ni...:)
pastu bngun lagi kali ketiga, nak susu,bgn kali keempat nak air masak lagi..
dah sah izzah ni lapar, nx time kena make sure dia makan kenyang b4 tido.
masalahnya bagi makan tak mo mkn...hu hu....
so bila 4 kali terjaga nak mama je, then plus adik plak..
esoknye mama gi keje..ngantuk..ha ha ;p, tapi takat ni belum pecah rekod lagi tidur kat opis...alhamdulillah..he he

nanti ek tunggu entry lain, ada citer lucu bs bgtau pasal izzah n baby doll dia..hehe

camne pengalaman syura, aufa, salihah, syada n kak el ek??.....

May 11, 2010

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Mak! & Selamat Hari Ibu again! (hari-hari, hari ibu)..hehe


Salam mak :)


Kami semua mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran pd hari ini 11.05.2010....Hajjah Zahariah Ishak....

genap 55 tahun umur mak...
segala jasa dan pengorbananmu tak ternilai...
drpd rumah atap bocor, umah kayu...umah banjir...berpindah2 rumah
sehinggala ke rumah kita yg selesa kini...dan akan diupgrade lagi ;-)
terima kasih mak..(oppss ayah sekali..tunggu hari bapa plak br wish..he3)

daripada bgn pagi 5.30 pagi2 dr puchong ke klang
untuk ke sekolah, perjalanan yg jauh...
dulu mn ade highway...
naik keta pakcik abas, van makcik zai...sampe la bus sekolah yg ayah belikan suruh wak nasuka bawak...
kami 4 beradik bermuntah2 muntahan dlm keta....
pergi pagi balik magrib...esok g school balik....
semua tak dilupakan.....

sempena hari jadimu ini kami semua dh sampe tak tau nk bagi apa kat mak dah...
maklumla dh 29 kali sambut besday mak..he he...
apapun jasamu tetap kami kenang hingga akhir hayat...amin!

from us :
remy, along, izzah hanaani & m. irfan haqqi

Dr. ekal (dr PHD) ..he he
Ir. fakhru
Dr. akhi


sempena besday mak, kami jadikan artikel ini satu hadiah maya untuk diri kami semua dengan ingatan khas untuk mak, sempena hari jadi mak today....

----------------------------------------------------------------------------------------------
isk.. isk.. isk..
Aku menangis, aku terkedu.
Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.
HambaMu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
HambaMu ini tak tahu menilai intan dan kaca.
HambaMu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...

Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.
Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal member kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hambaMu ini...

Aku mengimbau...

"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama2 mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man. Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung. Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato’ dan mempunyai dua orang cahaya mata, seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak2 ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.
Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.
Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

“Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah” getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

“Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?”

“Makcik nak jumpa dengan anak makcik”

“Anak makcik? Siapa?”

“Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik”

“Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan”


Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

“Siapa kau wahai orang tua?”

“Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung.”

“Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?”

“Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!”

“Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!”

“Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa”

“Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!”


Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

“Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibu mu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!”

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut2 dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya. Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

“Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?”

“Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?”

“Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?” herdik Fuad.

“Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?”

“Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru 2 hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah”

“Apa?”

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

“Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri.”

Man mengambil surat tu dan membaca...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.


Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

“Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!” jerit Rizman.


@};-- ~~~~ --;{@


Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” “Ibumu” Baginda S.A.W menjawab, “Kemudian siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W.


Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!


May 10, 2010

Selamat Hari Ibu!



Buat Ibuku, Ibu mertuaku
Jua buat sedara mara, sahabat handai yang bergelar 'ibu'
Semua para ibu di dunia dan juga bakal-bakal ibu

SELAMAT HARI IBU :)



tahniah buat badriyah (adik iparku) seorang pendidik sekolah di muar, kerana selamat melahirkan seorang baby girl 'balqis' pd 6/5/2010. hehe..sure comel seperti ummi nya! apa lagi mms la pic baby...kalau tiada aral melintang weekend ni kami pi johor tau..tunggguuuu....selamat hari ibu bad!


p/s: buat bondaku, tq atas pemberian hadiah yg agak suprise la...he he

sempena 'mothers day' ek...terharu pun ada gak. tetiap tahun kami adik beradik mmg bagi mak present sempena hari ibu n utk besday mak (tomorrow besday mak...) tapiii

tak sangka lak tetiba mak wat suprise dulu lak....bg hadiah kat mama budak ni..haha...mama pd si double i ni....

...hehe..thanks ek...

lupa plak kita sama-sama ibu...syukran jazilan....;-)