March 4, 2008
Detik-detik nak bersalin...
makin hari makin demand...huhu, skrg tgh membiasakan dgn karenah2 dia....
sambil memahami apa maksud setiap tangisan dia..hehehe
okielah ramai tanya camner pengalaman bersalin?..ringkas je la ek..
bukan apa izzah ni tak menentu ..kang jap lagi dia nangis terbengkalai nak taip.....:P
kan hari tu dah dpt mc 3 hari..tapi sampe ke hari ahad (10.2.08)..still tak bersalin lagi.so isnin mmg dh decide mmg nak gi keje,kununnye plan gi keje jap pastu terus gi DEMC sbb ade checkup pukul 2.30 ptg dgn Dr Mazita doc yg akan sambut baby nt bile bersalin, mmg dh booking dia...
okie nk jd kan citer pagi isnin tu mcm tak larat, so x gi keje..amik mc nt kat DEMC,sbb rs mcm nk berehat jap.tunggu hubby balik kul 1, nt terus gi DEMC checkup 2.30 tue....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: waktu tu adalah anggaran...yg sebenar mana la nk ingat! :)
isnin 10.00 am : sedang kemas bilik, kemas meja komputer...tetiba basah...air ketuban pecah, terus call hubby....dia suruh readynk gi DEMC.
11.00 am : siap mandi, makeup2...hehehe bergaya mcm nak gi jalan2...bwk kurma,air zam-zam...
11.30 am : bertolak ke DEMC ...singgah kedai beli biskut roti, sbb tak brekfast lg
12.00 am : kena tahan masuk bilik utk monitoring, pasang ctg etc...siap lunch lagi daging lada hitam demc bagi, kami husbnd and wife je ade sambil tgk tv
2.30 pm : doc cek kata baru 1cm..ms doc cek ni mmg tak sakit lagi yg contraction
doc masukkan ubat suruh jgn gerak selama sejam
3.30 pm : ubat mule beroperasi sepenuhnye, dh start rs sakit contraction sikit2...
4.30 pm : dah rs sakit yg selang yg kerap gak...tp mcm tak bleh tahan lagi,..suruh nurse cek...bukaan baru 2 cm..huh!!....
4.45 pm mak ayah dtg , sbb tunggu ptg sikit sbb keje kan...lagipun dtg awal2 blom tentu bersalin lagi..doc jangka tgh malam nt deliver..... ayah dtg bersama air akar fatimah ayah baca2 doa sebelum gi demc
5.30 pm : sakit semakin kerap...dh mcm tak tahan...tp bile fikir2 baru 2 cm ..malas nk masuk labour room, tapi atas nasihat mak ayah dia suruh gi, sbb kata diorg tgk muke dan sakit lain mcm je....huh! mmg tak tau tu rupanye sakit nk bersalin!! raman dan syura dah sampai dtg melawat :), tq sgt2!..pembakar semangat....
6.05 pm : tolak labour room, cek2 dah 8 cm!!!....husband terkejut...nurse pun terkejut..ade org kata berkat air akar fatimah tu, wallahualam :)...alhmdulillah.
ms nurse cek tu mak ayah dh turun sbb diorg ingat lmbt lagi deliver...
6.19 pm :selamat bersalin :)....alhmdulillah...sepatutnye doc mazita tapi doc norleen yg sambut....kata dia terpaksa jd bidan terjun...sbb baby kuar awai...
nurse yg ade terkejut sbb biasa anak sulung 12-14 jam ...alhmdulillah berkat doa suami, mak ayah, kawan2...allah mudahkan kelahiran..alhmdulillah sgt2...
paling terharu husband pun turut sama dlm proses kelahiran..tlg pegang kepala dan kaki, bg semangat....ingat lagi kata dia : 'sikit lagi..baby dah nmpak rambut :) '...alhmdulillah kuar la IZZAH HANAANI BT MUHAMMAD RAHIMI :) semoga kelahiranmu memberi kebahagiaan keluarga di dunia dan akhirat,amin!!
February 24, 2008
Welcome IZZAH HANAANI - KEMULIAAN KESAYANGANKU
apa la yg ditenungnya hari pertama di dunia :)alhamdulillah pada 11 Februari 2008 - Isnin - Jam 6.19pm -selamat melahirkan baby girl- alhamdulillah secara normal - baby seberat 2.9kg - di DEMC, Shah Alam.
Terima kasih bagi kwan2 yg sms/call/email wish congrats atas kelahiran baby sulung kami. Yang belum datang tu bile nak dtg ek? :)
February 7, 2008
renungkan lah....
p/s: nak besarkan pic, nk tgk dgn lebih jelas, klik kat pic tu
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Surah Al-Mu’minun, Ayat 12 hingga 14)
February 5, 2008
dapat mc 3 hari....
SAYA berusia 26 tahun dan kini hamil pertama kali. Saya ingin tahu mengenai tanda kelahiran bayi kerana saya kerap mengalami bisa sakit pinggang di awal 36 minggu. Adakah ia hanya disebabkan bayi sudah membesar atau tanda bayi bakal lahir? Menerusi pembacaan saya sebelum ini, adakah benar wanita hendak bersalin akan berasa seperti hendak membuang air besar?Adakah benar minggu terakhir bayi adalah 40 minggu? Apakah yang akan berlaku jika masih tidak rasa sakit bersalin selepas 40 minggu?
February 4, 2008
Dah minggu ke 37....

Fetal development in pregnancy week 37:
Be patient: if labor doesn’t start this week, or even next, keep in mind that only 4-5% of women actual deliver on their predicted due date. What’s more if this is your first pregnancy, you can expect to be anywhere from two days to two weeks late. You can distract yourself by keeping track of fetal movements, mostly to reassure yourself that all is well with your little miracle. In the off chance that movements do start to decrease substantially, try not to freak out and instead, call your doctor of midwife and discuss it with them.
If you still haven’t decided whether to breastfeed or not, here’s a good reason: some experts estimate that mothers excrete between 400-700 calories a day while breastfeeding, and to compensate, you should be eating roughly 500 extra calories a day (mmm that’s like one spoonful of Ben and Jerry’s ice cream).
February 1, 2008
unik....

Bayangkan sekiranya pulau tu tenggelam...
bangunan situ semua hancur...
ish ish...tetiba teringat qiamat....
semua akan lari bergelimpangan
bawah tu sure banyak ikan paus ek?
ikan yu? segala binatang yg bahayakan....

lihat uniknya anak-anak org asli ni
kreatif buat design semulajadi
tak dpt dipastikan la plak
kat mana kaum ni duduk...
tapi cantik je, sama je ...

ni lagi unik ..
cuba perhatikan...kaki baby kelihatan
yang pregnen selalu rs kena tendang
agaknye kaki tu la ek :)
bile tgk tu terkejutnye..
so far tak pernah nmpk plak
kat diri sendiri camtue :)
p/s:pic semua di atas dpt dr email kawan, x tau la sejauh mana kebenaran
tapi kalau betul, uniknye!!kalau ade yg tau kat mana tmpt2 tu, bgtau la ek....
January 30, 2008
suka bergambar?
suke sgt letak picture dlm blog..tau tak sbb apa?
kan ade org kata, dgn gambar je boleh menceritakan segala-galanye...
maklumla tak reti nak bermadah atau bercerita pjg
cume gambar ni baru dpt ahad lepas dr adik ipar
picture kami bercuti ke cameron...dah lama dah
bersama keluarga mertua
bercuti sebelum mak mertua ke mekah bulan 12...
seronok bercuti bersama anak buah, sepupu, adik ipar ...
tapikan, cameron dh tak sejuk mcm dulu2...
bile pagi la kot berasap sikit mulut...
ni pun ihsan dari camera adik ipar...
pic sebelum mak bertolak ke mekah
alhamdulillah dah selamat pulang ke tanah air
haji yang mabrur! :) insyaallah
ante -natal kelas
bleh tahan gak la senaman dia..fuh peluh...
tapi yg best speaker2 semua bagus...banyak sgt info..
mmg cdg sgt bagi bakal2 ibu dan ayah untuk hadir
ada pakar o&g, pastu tips penjagaan kanak2 dan bayi,teknik penyusuan ibu,
nutrisi pemakanan ibu, dan etc
| |
January 25, 2008
Mengenai Wanita....
Bagi sahabat2 yg sedang pregnen tu utk baby 1st, banyakkan membaca. Pembacaan mematangkan kite. Ade banyak forum untuk bakal2 ibu. Antara yg best....susuibu.com,mengandung.com,mybayi.com,ummikusayang dan etc.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
1.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawapan baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
2.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimya. maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.
4.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit. maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.
7.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, dan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8.
Barang siapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9.
Tiap2 perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
11.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.
Aisyah berkata, "Aku bertanya Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."
13.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkanya (serta menjaga sembahyang dan puasa).
15.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16.
Syurga di bawah telapak kaki ibu.
17.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.a.w) di dalam syurga.
18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
HARI NI GENAP 36 MINGGU ..debaran hati berdansa...hehe
Alhamdulillah di saat ini tahap kesihatan masih baik. Biasa la malam dah start tidur tak lelap perkara biasa, sakit pinggang, serba tak kena. mengiring ke , telentang ke, sure dah tak selesa mcm dulu.barulah tahu perasaan ibu-ibu kite dulu...sedar2 la sape yg suke lawan cakap mak tu ...ekeke.mlm2 toilet dh jd member, asyik pancit je..sbb baby dh turun.latest checkup, doc bgtau kepala baby kat bawah, insyaallah doa-doa kekal.doc kata insyaallah tiada apa-apa bleh lahir normal.skrg ni tunggu hari je.bnyk tarikh ni sebenarnya...ade bg 21.2 ade bg 24.2...tapi doc kata dlm mana2 tarikh dlm bulan 2 tu dh bleh bersalin.tapi ikut kiraan doc, mybe 10.2 dan ke atas sbb majoriti patient bersalin pd week ke 38.tapi ade gak yg overdue..yg kes mcm tu kena induce...doakan la ye.semoga baby lahir dgn sihat dan dimudahkan bersalin.amin!..-----itulah debaran hati berdannsa----- (dlm hati jantung menari-nari ..berdebar..ehehe)
Fetal development in pregnancy week 36: FETUS IN NINTH MONTHS
The countdown continues… and in fetal developments: most of the bones (soft skull aside) in their little body are now completely hardened, providing a solid structure from which they can now make their grand debut into the world. Yes, ladies and gentlemen, we are structurally ready for a secure launch. In physical fitness news: their muscle tone has also improved over these past few weeks, and you’ll definitely be impressed by their steel-like Ulnar grasp (a newborn reflex that occurs if you lay your finger in their palm). And in genital development: if you’re having a girl, her labia are now fully developed. Finally, in the fluids/excretion department: the amniotic fluid-to-baby ratio has fallen over these past weeks, although they’re still swallowing fluid (building up even more meconium for that historic first poop), and some vernix caseosa. They will be more than ready to swallow and digest milk after birth. Just in case you didn’t get it quite yet: you’ve got yourself an adorable and hungry 6.5 lbs 20 inch baby—are you ready?
January 16, 2008
Beautiful Quotes :)
January 15, 2008
anniversary 2007
16.12.2007
1st anniversary mengingatkan kepada 3 generasi...
terima kasih!!
2007 candid!
1-akhi, mak ,tokayah (penang) @KLIA [b4 hang fly mlm tu ke egypt]
2-pic aidilfitri hari tu, hang sorg je takde...keh!
3-along rani dah kawin!
4-makayah kat China....
ok dik...ni picture untuk 2007 yang hang terlepas peluang nk tgk..
harap tak teriak...isk isk isk......
pembakar semangat exam hang ok!!...
good luck xm! wacha!!
belated besday

bnyk terima sms, phone call, email, ym, etc wish besday ...
tq tq...tima acih.. alahai takkan wish aje? hadiah mana...
yg penting doakan kebahagiaan diriku di dunia akhirat ye...amin!
comel tak baby2 ni?...
saje hadiah utk santapan mata....
tenang je ..damai je....
benarlah ; anak-anak kecil ibarat kain putih
kite yg bakal mencoraknya...
mereka suci dan bersih
dari dosa....

13.01.2008
semoga dengan bertambahnye usiaku..
bertambah iman dan amal....
bertambah kurus ...hehe ...kurus dan sihat
bukan gemuk tapi sakit
atau kurus tapi sakit....
p/s: tq so much mak&ayah! masih setia disisiku, masih tidak jemu
mendidik malah menasihatiku di saat ku memerlukan mu,
bile time besday ni la yg buatkan jiwaku akan tersentuh
mengenangkan pengorbanan mak ayah selama 27 tahun yang lalu...
moga allah membalasnya dengan syurga..amin!
jazakillah dari kami berdua (m&n) atas pemberiaan hadiah 1st anniversary kami!, tq so much!
selamat tahun baru hijrah
wpun dah terlewat sebenarnye...huhu
semua org ada azam barukan?
erm...org yg takut azam thn ni tak tercapai
ialah org yg tak berani nk tulis
apa azam dia kat dlm blog...
termasuklah empunye diri...kwang kwang
biarlah simpan dlm hati..
kalau x jd pun org tak tahu (apolah...awal2 lagi dh ckp camtue..pergh!)
azam tahun 2007 pun dah lupa..
cuma yg ingat :
1) dpt keje tetap... - alhamdulillah! ---huh! wpun cabarannye sgt tercabar di tmpt baru...
hanya insan tertentu yg ku luahkan...
yg penting penghijrahan tu mmg satu pengorbanan
2)dapat beli satu buku yg best sgt.....
3)dpt nasihat sorg tue...yg mmg dh berjaya apa yg dia nk buat..alhmdulillah!
perkara 2007 yg tak dpt dilupakan:
1)1st pregnancy - misscrg (allah lebih mengetahui :) )
2)permergian insan-insan tersayang..saudara mara dan kawan (allah lebih menyayanginya)
3)mak ayah jalan travel dunia..mcm pasangan romantik, hihi (china, egypt.......)
3)adik bongsu ...ke egypt...medic..(6 thn!..huh!...)
4)1st time sambut anniversary perkahwinan kami (16 Disember 2007)-baru lg nie...
January 11, 2008
lagi picture...di majlis nikah azam

January 10, 2008
wajah terkini jgn tak caya!
p/s: slmt pengantin baru azam+rabeeah, semoga ikatan pernikahan kekal hingga ke syurga, amin!
January 6, 2008
10 perkara terkini!!!

8- Mak mertua baru balik mekah 1-1-2008 (alhamdulillah!!)
9- Nak buat agar-agar pandan...huhu
10- Makan siput sedut!!! sedap o0oo0o0
January 5, 2008
testing 1,2,3.....:) lama sgt menyepi nih!
awatla tak update blog, insyaallah start from today
tak dpt tulis bnyk sikit pun jadilah kan...hehehe
tatapan adikku Akhimullah yg duk jauh nun kat egypt :)...
tungggu!!! :)







