.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

September 15, 2008

berbuka posa

me & izzah (sue, dah gemuk kan i? :D)

mujed, mie dan izzah & suria

girls...:) kat dalam

boys mkn kat luar :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
1st gathering 3rd batch sekolah berjaya buat kat umah suria
b4 gi buka tu singgah kedai buah...tragis, jatuh kat kedai buah! hehe
injured!...doc bg ubat..dia pesan jgn urut dulu tunggu dh hilang bengkak,sbb nt urut lagi bengkak..
lawak gak le, rasanye uncle buah tu bg murah sbb kecian tgk awek ni jatuh terduduk..3 hari ni jalan dh mcm org kurang upaya :)
berikut pic di umah suria...aisyah enjoy it! :D

September 12, 2008

kena tag

hehehe..sebenarnya malasnye nak layan tag ni sbbnye kan...malas nk jwb soklan ..tapi ni tgh lunch bleh la layaaaaan jap! :P lagipun tak nak mengechiwakan sepupu i hifzaila ni ...hehehe AKA maklang i sepatutnya :D...hehehe

Tagged by Hifzaila

1) What is the most important thing in your life?

family


2) What is the last thing that you bought with your own money?

beehun sup + air cendol + ikan patin masa lemak tempoyak


3) Where do you wish to get married?

hehehe..bleh ke wish ? kalau bleh anniversary nt wat kt sini bleh tak abg? :D.ok tak? ahaks...klik kat pis senyum ni :)


4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
4ever and ever, duniawi ukhrawi


5) Are you in love?
hehe...yup...in love with family... family... family...[repeat 100x]


6) Where was the last restaurant you had dinner?
afnan seafood

7) Name the latest book that you bought?
hahaha..x hingat lama dh tak beli...:P , Pa&Ma kot

8) What is your full name?
rahsia..ececece :P


9) Do you prefer your mother or father?
lor sape la yg wat soklan ni :D..dua-dua sekali!


10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Cindrella ..ops ade ke lagi? :D ke donggeng je...


11) Christina or Britney?

dua-dua tak emboh / tak mo...haha


12) Do you do your own laundry?

yup bile bakul dah penuh...tapikan nk berlipatnya haha dh mcm bukit....


13) The most exciting place you want to go?

1st sekali mybe joden [tmpt cinta monyet!] pastu nk gi bosnia...pelik tak?...ahaks..ade sape nk sponsor? pastu nak gi New Zealand tmpt lembu yg buat susu formula...alamak dah lebih dr satu..hehe


14) Hugs or kisses?

dua-dua sekali


15) 8 things I am passionate about:

window shopping,makan,tido,ym,layan blog,..alahai tak cukup 8 le!


16) 8 things I say too often:

poyos, kurang ajar ek, yo yo oo je, oh ye ke, eh tak la, x baik tau camtue,erm,ok


17) 8 books I’ve read recently:

hehehe soklan ni susah nk jwb... buku ni....tersgtla susah nk bc buku le! buku SURAT UNGU UNTUK NUHA pun baru bape m/s je bc hehe :D


18) 8 songs I could listen to over and over again:

satu je...sbb ni hari-hari nyayi kat baby..[nyayi dgn rentak dan gaya :P]

where is izzah....where is izzah,
i am here...i am here,

izzah izzah good girl...izzah izzah good girl
i'm here

19) 8 things I learned last year:

apesal suke sangat angka 8? ade ong ek...:P, satu je, camne nak pilih baju pregnen :)

20) Tag 8 people:

kak huda..kak najah....hana shakira...ifah brunei....fakhru...
Dr. hanin...kak fiza....jamaliah? :)

September 11, 2008

imej-imej stok susu

sebenarnya diri sendiri pun tak pernah dapat simpan stok banyak tue..:)

ni bekas dadih campur botol di isi susu ibu (dlm beku p.ais 2 pintu bleh tahan 3 bulan)


ni plastic khas untuk susu ibu

ni yang campur gak botol dan bekas dadih utk isi susu ibu


berikut adalah beberapa pic ibu-ibu yang menyimpan susu mereka di dalam peti ais...tadi try google ....sekali terjumpe pics ni.khusus untuk aufa :), zura :), syura :), salihah :), untuk pembakar semangat.termasuk gak untuk kak huda dan hifzaila :)....ok?! :D


September 10, 2008

Hukum Wanita Hamil & Menyusu Berpuasa

Mujed! harap artikel ni bleh bantu menjawab soklan tadi :P.minta pakar agama , ustaz ustazah komen kalau artikel ini ada yang mengelirukan ye...jazakillah! :)

------------------------------------------------------------------------------------
Wanita Hamil & Menyusu Berpuasa
« pada: January 06, 2008, 08:19:22 AM »

Sumber: Mufti Brunei

Menurut hukum syara‘ perempuan yang hamil sekalipun hasil dari perzinaan dan perempuan yang menyusukan anak (murdhi‘) walaupun anak itu kepunyaan orang lain disebabkan menderma atau diupah, adalah diharuskan bagi mereka untuk berbuka puasa semata-mata kerana dua perkara tersebut.

Sekalipun demikian, persoalan lain yang timbul, apakah hukum yang berbangkit dari berbuka puasa itu? Adakah diwajibkan ke atas mereka qadha atau lain hukum mengenainya?

Dalam hal ini para fuqaha telah merumuskan hukum-hukum mengenainya. Rumusan hukum dan perbincangan mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang menyebabkan mereka berbuka puasa.

Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takut akan kemudaratan kepada anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan itu sahaja, maka wajib ke atas mereka membayar fidyah dan juga qadha pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkannya itu.

Jika mereka berbuka puasa kerana takut akan timbul kemudaratan atas diri mereka atau kedua-duanya iaitu takut ke atas diri mereka dan anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan, maka wajib ke atas mereka mengqadha puasa yang ditinggalkan itu tanpa wajib mengeluarkan fidyah.

Jika perempuan yang hamil atau perempuan yang menyusukan anak (murdhi‘) itu sedang dalam musafir ataupun sakit, lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhshah (kelonggaran) atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya, maka diwajibkan ke atas mereka mengqadha puasa itu tanpa membayar fidyah di hari-hari puasa yang ditinggalkan ketika musafir itu.

Dalam keadaan musafir atau sakit, jika hamil atau yang menyusukan anak (murdhi‘) berbuka kerana takut akan kemudaratan anaknya dan bukan berbukanya itu atas rukhshah musafir atau sakit, menurut pendapat yang ashah dia juga tidak diwajibkan membayar fidyah. Sebagaimana tidak diwajibkan membayar kaffarah kepada orang musafir yang sampai ke kediamannya ketika siang hari puasa, lalu dia melakukan persetubuhan di siang hari itu bersama isterinya yang tidak berpuasa disebabkan baru bersih dari haidh atau nifas di siang hari itu juga. (Al-Majmuk: 6/272&375)

Berkait dengan hukum ini, ingin juga dijelaskan apakah dia fidyah kerana meninggalkan puasa itu? Kepada siapakah ia diserahkan dan bagaimanakah melaksanakannya?

Fidyah ialah denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu dalam ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus ibadah (kerana uzur dan disyariatkan), dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang mengenyangkan.(Ensiklopedia Islam 3:264)

Adapun makna fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya.

Jenis fidyah itu ialah sama seperti jenis zakat fitrah iaitu makanan asasi dan yang mengenyangkan bagi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang patut dikeluarkan ialah satu mudd (secupak) iaitu kira-kira lima belas tahil beras bersamaan 566.85 gram.

Pihak yang berhak menerima fidyah itu ialah orang-orang fakir dan miskin sahaja. Fidyah itu boleh diberi dengan lebih dari satu cupak kepada seorang miskin berlainan dengan kaffarah, kerana ia hendaklah satu cupak sahaja kepada setiap seorang miskin hingga enam puluh orang iaitu tidak boleh dua cupak untuk satu orang miskin bagi membayar kaffarah.

Membayar fidyah itu diharuskan selepas terbit fajar di hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan kerana keuzuran seperti orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang terlalu tua yang tiada berdaya untuk puasa dan perempuan yang hamil dan murdhi‘. Walau bagaimana pun diharuskan juga mengeluarkan fidyah itu sebelum terbit fajar bagi hari yang dikeluarkan fidyah itu dan diharuskan juga mengeluarkan fidyah terlebih dahulu sebelum berbuka, akan tetapi hanyalah satu fidyah sahaja di hari berbukanya itu dan tidak harus mendahuluinya bagi hari kedua dia berbuka puasa. Begitu juga tidak diharuskan membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadhan.(Raudah At-Thalibin: 2/385)

September 9, 2008

:) saje je

ok sue! ni nuha dah upload wajah bertudung izzah :)
hope u enjoy it! :)
dia tunggu sue turun dr terengganu bawakkan tudung kaler lain plak!


betul la cakap orang, perasaan ada anak ni dengan masa bujang sangat la lain!
kalau tak jumpe sehari rs bertahun tak jumpe!
moga hari yang mendatang memberikan kebahagiaan kami semua didunia dan akhirat, amin!!
bile teringatkan kes-kes buang bayi hati terus teringat kat anak.....
bayi tidak berdosa....

Salam Ramadhan :)


hehe lama sungguh tak update blog sampe bersawang dah blog ni..
kalau ada labah-labah ni faham jek la ek :P ...sebenarnya lately tak tau la busy apa.. tapi mmg seriuuus tak tau nk stori apa...tapi 5 latest update :

1- khamis ni 11/9/08 : izzah insyaallah 7 bulan ...skrg ni mulut tak diam, meniarap pusing kiri kanan dan reverse ke belakang, meniarap ke depan blom lg :P..merangkak pun blom lagi 2- sibuk gak la shopping moppingg..maklumla 1st time ry dgn izzah :)..tentu ceria...:P 3- akhi still kat malaysia...balik egypt after raya :P 4-sempat gak la g tesco setia alam yg baru je buka secara rasmi (ramai org!!!) :P 5-hari-hari pk nk buka apa? nak sahur apa? :P

Sempena ramadhan ni nak ucapkan selamat berpuasa bagi pengunjung blog ni.... harap memanfaatkan setiap saat dengan niat MARDHATILLAH amin! mohon maaf ye segala salah silap, terlanjur kata, tertipu (ade ke?) hehe...terngumpat...ter..ter... ter apa-apa je yg boleh wat dosa...mohon ampun zahir batin ye!! 0-0 ok? kalau nk mintak maaf ms ry takut lupa :P...sibuk duit raya! :P

Of Recaps & Awards


Salam semua ! sori lama tak update blog :P

I got these awards from
Kak Huda

tq kak! sorry sampe dah jadi jeruk dah award tu..:P






tima acih banyak ye kak da...hehehe. ni nak sambung award tu pd mereka dibawah, cepat balas! jgn biar jadi jeruk gak...ekekeke :P

1. ika
2. chap
3. jamaliah
4. hana
5. salihah


The rules are:

1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees.

August 6, 2008

Tips

Tips membeli rumah
Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan urusan-urusan sebelum dan
semasa membeli rumah.


1. Pilih Lokasi Rumah.

a). Pilihlah lokasi yang dekat dengan tempat kita bekerja untuk mengurangkan
kos pengangkutan ketempat kerja.

b). Pilih lokasi yang stretegik, ada potensi untuk membangun supaya harga
rumah dan kadar sewa meningkat dimasa depan.

c). Lokasi yang majoriti penduduknya sebangsa atau seagama, supaya senang
urusan amal ibadat, berjamaah, kenduri kendara dsb.


2. Pilih Jenis Rumah.

a). Jenis rumah yang mampu kita beli dan sesuai dengan pendapatan kita. Tak
kiralah apartment ke, teres ke atau banglow.

b). Saiz rumah yang sesuai dengan saiz keluarga kita. Keluasannya, jumlah
biliknya, parking space dsb.

c). Jenis hak milik, pajakan atau kekal.


3. Pilih Pemaju.

a). Pilihlah pemaju yang dah establish atau syarikat besar yang tersenarai
di BSKL macam Sime UEP, Negara Prop., dll. Kalau pemaju keci-kecilan, takut
projek terbengkalai. Macam kawan saya dah terkena, 3 tahun tak siap lagi.

b). Syarikat pemaju besar-besar ni, dia orang berurusan dengan pembeli
secara professional, tak banyak kerenah. Dia orang mesti jaga imej. Kalau
yang ada ISO 9000 ke lagi bagus.


4. Pilih Peguam (Loyar).

a). Loyar Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P) - yang ni biasanya
free. Kalau kena bayar pun cuma duit stem dan photostat.

b). Loyar Bank untuk urusan perjanjian pinjaman - boleh cari sendiri atau
suruh bank cari. Yang ini kita kena bayar. Jumlahnya bergantung kepada
jumlah loan. Professional fees kalau tak silap 1% dari jumlah loan plus duit
stem, photostat dan lain-lain documentations.


5. Pilih Bank.

a). Pinjaman boleh dibuat dimana-mana bank yang menawarkan housing loan
samada panel yang dilantik oleh pemaju atau cari sendiri.

b). Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman,
interest rate, tempoh bayaran balik dsb. samada cara Islamik atau
konvesional. Biasanya boleh loan 90% dari harga rumah dan ansuran bulanan <
1/3 dari pendapatan bulanan kita.

c). MRTA - Insuran untuk cover loan (wajib) - boleh bayar cash atau masuk
dalam loan (one lump sum).

d). Insuran kebakaran, kena bayar tahunan (yearly).


6. Pengeluaran KWSP.

a). Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama
atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.

b). Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara
harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan
jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.

Contohnya : Harga rumah RM100,000. Loan RM90,000. Perbezaan RM10,000.

10% harga rumah RM10,000. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 +
RM10,000 = RM20,000. Kalau akaun2 ada RM15,000 kita boleh keluar semua
simpanan itu. Kalau akaun2 ada RM30,000 kita cuma boleh keluarkan RM20,000
saja (sebab dikira yang terendah).
Adalah dinasihatkan kita check akaun2 dulu sebelum kita decide berapa loan
kita nak ambil. Kalau akaun2 kita banyak, kita boleh kurangkan loan.

c). Dokumen yang diperlukan untuk memohon pengeluaran : i. borang
permohonan, ii. salinan S&P, iii. salinan I.C. iv. salinan surat tawaran
loan. Boleh buat kat mana-mana pejabat KWSP. Pengeluaran akan datang setiap
3 tahun sekali untuk mengurangkan loan.

7. Lain-lain hal.

a). Jaga-jaga dengan 'late payment interest'. Yang ini ramai orang terkena
masa nak ambil kunci rumah. Tak kira kesilapan siapa samada pemaju sendiri,
pihak bank atau pembeli, jika berlaku kelewatan on progressive payment
pemaju tetap akan caj atas pembeli 10% dari jumlah bayaran yang lewat. Dalam
S&P ada kata " Without prejudice to the Vendor's right under clause
bla...bla..." Dalam hal ni pembeli tak ada hak nak bersuara langsung
walaupun kesilapan yang menyebabkan kelewatan pembayaran dilakukan pihak
pemaju atau pihak bank.

b). Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar
failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah kemudian
hari.

c). Tempoh S&P biasanya 2 tahun, dan ada juga yang 3 tahun. Pihak pemaju
akan cuba sedaya upaya untuk siapkan rumah dan serahkan kunci dalam atau
sebelum tempoh itu tamat, walaupun rumah itu belum layak diduduki (belum
dapat CF dari pihak berkuasa tempatan) untuk mengelakkan dari
melanggar perjanjian dan membayar interest kepada pembeli. Yang menjadi
mangsanya pembeli juga sebab selepas handing over, loan dah kena bayar penuh
tapi rumah tak leh duduk - kena bayar rumah sewa lagi.

d). Lepas ambil kunci check rumah betul-betul, ada crack ke, bocor ke.
Komplain terus kepada pemaju sebab still under warranty (18 bulan).

Tips

Rahsia kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong


Satu artikel akhbar tentang Tan Sri Lim Goh Tong yang terkenal dengan kejayaan membina empayar Genting. Berikut ada sedikit nasihat yang dikongsikan beliau untuk sesiapa yang ingin berjaya.

‘Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.
‘‘Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya.
‘‘Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan - lakukan secara berperingkat walaupun perlahan - asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.
‘‘Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya,” kata beliau.

Belum tahu dari mana sumber ini dipetik.

p/s: petikan dari blog

August 4, 2008

Fenomena Habituasi

Satu teknik penting ialah mengukur perubahan dalam kadar degupan jantung bayi kerana kadar tersebut berkorelasi dengan tindak balas bayi terhadap rangsangan yang dilihatnya. Habituasi adalah pengurangan kadar tindak balas rangsangan-rangsangan yang berulang kali. Contohnya, Jika bayi ditunjukkan sesuatu rangsangan yang baru, mereka akan memberi perhatian sepenuhnya dan kadar degupan jantung meningkat kemudian bertukar kepada normal. Jika ini berlaku maka habituasi berlaku pada seseorang bayi.
Neonat dikatakan mampu membezakan ekspresi muka, malah boleh menirunya.

Penglihatan neonat berkembang cepat selepas lahir. Pada penghujung bulan pertama, bayi boleh membezakan warna, pada umur 4 bulan mereka boleh fokus objek yang jauh dan juga dekat. Manakala 4 atau 5 bulan umur mereka, bayi mampu mengenal objek-objek 2 atau 3 dimensi.

Selain itu, keupayaan pendengaran bayi. Neonat dapat mengenal suara ibunya selepas 3 hari dilahirkan. Mereka juga boleh membezakan rasa-rasa dan bau yang berlainan pada umur yang awal.
Pada tahap sensorimotor, bayi mampu untuk berinteraksi dengan persekitaran dengan menggunakan imej, bahasa atau simbol-simbol lain. Mereka juga dapat mengetahui tentang pengekalan objek, iaitu mereka tidak sedar bahawa manusia masih tetap wujud walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Namun, selepas umur 9 bulan, mereka lebih aktif seperti boleh mencari barang yang disembunyikan.

Perkembangan kognitif bayi pada tahap sensorimotor dapat dibahagikan kepada 6 tahap :

TAHAP PERTAMA (0-1 BULAN)
Perkembangan kognitif bayi seperti :
-Menghisap susu ibu
-Mengikut pergerakan objek yang bergerak dengan mata
-Menutup tapak tangan apabila disentuhkan dengan objek

TAHAP KEDUA (1 BULAN- 4 BULAN)
Perkembangan kognitif bayi seperti :
-Bayi tetap melakukan skima menghisap walaupun tiada botol
-Percubaan bayi untuk menghasilkan suasana yang menarik atau selesa.
Contoh : bayi menghisap jarinya apabila diletakkan berhampiran dengan mulutnya.
-Reaksi pasif berlaku akibat classical atau operant conditioning

TAHAP KETIGA (4-8 BULAN)
Perkembangan kognitif bayi seperti :-
-Dikenali sebagai reaksi pusingan sekunder di mana bayi menjadi lebih berorentasikan luaran (objek). Mereka mula meneroka kaedah untuk menghasilkan suasana yang menarik.
-mengenggam kuat objek yang diingini
-Mula menggunakan logik

TAHAP KEEMPAT (9-12 BULAN)
Perkembangan kognitif bayi seperti :
-Mengkordinasikan reaksi pusingan sekunder, seperti menggabungkan dan skima-skima asal dan bertingkah laku dengan niat.
-Perkembangan logik dan kordinasi antara makna dan tujuan
Mula mempunyai orentasi matlamat
-Dikenali juga ` The first proper of intelligent ’

TAHAP KELIMA (12-18 BULAN)
Dikenali juga sebagai reaksi pusingan ketiga, keaslian dan ingin tahu. Antara perkembangan kognitif bayi seperti :
-Mempelbagaikan skema untuk menghasilkan kesan yang baru
-Meneroka makna-makna yang baru untuk mencapai matlamat
-Mula menjadi saintis muda
-Melakukan eksperimen olok-olok untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah

TAHAP KEENAM (18-24 BULAN)
Menginternalisasikan skima. Antara perkembangan kognitif bayi seperti :
-Mereka mula celik akal dan mempunyai kreativiti tersendiri
-Boleh berfikir secara simbolik
-Beralih dari tahap pemikiran sensorimotor tulen kepada tahap pemikiran simbolik.
-Bersedia untuk beralih kepada tahap pre-operational stage.

REFLEKS BAYI…

Selalunya kita mengganggap bahawa bayi yang baru lahir tidak menarik kerana hidup mereka hanya untuk makan, tidur dan menangis sahaja. Hal ini, disebabkan oleh bayi tidur selama 16-21 jam sehari dan bertindak balas secara terhad .

Terdapat beberapa pantulan atau refleks bayi seperti :

I. Mengelipkan mata
II. Babinski
III. Grasping (mengenggam)
IV. Moro ( startle)
V. Rooting ( mecari punca)
VI. Stepping ( melangkah/menapak)
VII. Sucking
VIII. Berenang
IX. Tonic Neck

I- Apabila cahaya lampu atau angin mengenai mata bayi, mereka akan mengelipkan mata serta menutup kedua-dua matanya sebagai respon. Tindak balas ini akan kekal.

II- Apabila tapak kaki bayi diusap, bayi memberi respon seperti jari kaki akan dikuit keluar dan memusingkan kaki ke dalam. Rasa geli ini dipanggil refleks Babinski.

III- Refleks Grasping (menggenggam) adalah apabila tapak tangan disentuh bayi akan menggenggam kuat sebagai responnya. Ini akan hilang selepas 9 bulan hingga 1 tahun.

IV- Refleks Moro (startle) ialah refleks terperanjat.Bayi akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat atau terjatuh. Mereka akan tersentak, kepala digerakkan ke belakang, membuka lengan dan kaki serta segera merapatkan semula dengan badan. Ini akan hilang selepas 3-4 bulan.

V- Refleks Rooting ( mencari punca). Apabila pipi diusap atau bahagian sebelah mulut disentuh, bayi akan memusingkan kepala, membuka mulut untuk menghisap. Ia akan hilang selepas 3-4 bulan.

VI- Refleks stepping (melangkah/menapak). Apabila kita merendahkan kakinya serta disentuhkan ke lantai, bayi akan bertindak balas seperti menggerakkan kakinya seperti mahu berjalan. Keadaan ini akan hilang selepasa 3-4 bulan.

VII- Refleks sucking. Apabila objek disentuhkan ke mulut , bayi akan menghisap secara automatik dan akan hilang selepas 3-4 bulan.

VIII- Refleks berenang. Apabila bayi diletakkan dalam kedudukan meniarap di dalam air, Mereka akan bertindak balas seperti membuat kordinasi pergerakan renang. Keadaan ini akan hilang selepas 6-7 bulan.

IX- Refleks Tonic Neck. Jika bayi dibaringkan, bayi akan membentuk genggaman pada kedua belah tangan dan memusingkan kepalanya ke kanan ( dikenali sebagai `fencer’s pose`) kerana bayi seakan-akan dalam keadaan bermain pedang. Ini akan hilang selepas 2 bulan.

* Kebanyakan daripada gerakan-gerakan pantulan ini akan hilang selepas beberapa bulan umur dan akan diganti dengan tingkah laku yang lebih komplek terorganisasi. Contohnya, semasa umur bayi 3 bulan, mereka sudah boleh bergolek, dapat duduk dengan sendiri semasa 6 bulan, berdiri pada umur 11 atau 12 bulan dan berjalan selepas berumur 1 tahun. Selain itu, pergerakan otot halus juga menjadi semakin canggih. *

August 1, 2008

Sebuah drama dalam 3 babak

p/s: copy paste dari blog nadhirah :)


Sebuah drama dalam 3 babak

Babak 1

Lepas solat saya duduk di tangga masjid sambil memasang telinga. Ada seorang pakcik - kain pelikat, baju Melayu, ketayap di kepala - tengah seronok berbicara. Laknat Amerika. Laknat Yahudi. Kesian orang Islam kita. Sokong Saddam. Saddam dah taubat lima tahun dulu. Saya dengar saja.
Pakcik cerita pasal boikot barangan Amerika. Jangan minum Coke, kata dia. Saya dengar saja. Di celah jari pakcik, ada asap berkepul. Apa dia? Rokok Marlboro.

*****
Babak 2

Lewat malam member datang ambik dengan kereta, pergi minum teh tarik. Dia baru balik surau di sebelah sana. Sambil tarik talipinggang keledar, saya perasan celah jarinya. Apa dia? Rokok menyala.

Oi, kata nak boikot, kata saya. Member tergelak besar. Ini rokok Jepun lah.
Oo, kata saya. Talipinggang saya lekatkan. Bila pulak Jepun jadi negara Islam? Member gelak besar lagi.

Bukan ke Jepun masuk senarai negara 42 yang menyokong Amerika ceroboh Iraq?

Member cuma tersengih lebar. Apa lagi yang dia boleh buat? Mulut dah kena kail kafir. Terkonteng-konteng aje lah kamu di hujung tali tu.

*****
Babak 3

8 daripada 10 lelaki Muslim di Malaysia hisap rokok. Ia ke? Purata setiap perokok menghabiskan 2 kotak rokok sehari. Betul ke? 9 daripada 10 jenama rokok terlaris di Malaysia datang dari syarikat Amerika atau Britain, atau gabungan keduanya. Youre kidding?

Menung. Apa akan jadi pada ekonomi Amerika, British dan yahudi kalau semua lelaki Muslim dalam dunia pakat berhenti merokok? Menung lagi. Boleh ke?

Tersenyum simpul dibuatnya sekejap, macam orang gila melihat anak anjing kering mati kena gelek kereta di tepi longkang.

Ada orang pernah bicara dgn saya ttg jihad. JIHAD?? Jihad dihujung jari kematu pun X PASS !! APE KES??

" TEPUK DADA, TANYA IMAN "




"Halal itu jelas, HARAM ITU PUN JELAS, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)

nak promote tshirt

salam semua...sila la masuk website ni ye...
tlg kawan nk promote jualan sikit..
sila dapatkan tshirt labuh muslimah :)
bleh pakai umah mentua masa raya...
masak kenduri kawin...gi main netball
gi mandi sungai dan etc...

http://tshirtlabuh.wordpress.com

July 29, 2008

musim kawin

imran kawin..congrats!

muadz kawin..congrats!


ayah@smc


ayah masa lepas operate...kwn dia dtg melawat

maksu dgn Dr. Wani(kazen) dtg melawat ayah

smile :)

tudung.. :)

saje menyerikan blog :)

driver

ada gaya driver??

cucuk 5 bulan

ni ms kena cucuk 5 bulan ..selamba je..ilex je @ DEMC

meniarap....

ok tak tue?...candid!

July 16, 2008

izzah balik kampung

ni masa kat penang dgn toklang..dua org tu cucu toklang

tgh blurr...penat le tu..duk dlm keta-kat pdg besar perlis

izzah dgn tok perlis-syoknye kena kiss..hehe

gaya abis tok ...hehe...smile!...

ni kat kpg perlis-
cak!cak!...ni la pic paling cute izzah yg ayah dia dpt amik...ni yg cdg nk masuk dlm majalah pa&ma...hehehe...agak2 bleh menang tak?..ms tu dia 4 bulan..ekekeke



----------------------------------------------------------------------------------------------
semua picture atas tu ms izzah masa balik kpg perlis dgn penang.. :)

sabtu 12.07.08.... last week gi cucuk izzah 5 bulan...
berat : 6.25 kg :)
pipi memang tembam..tapi bdn kecik je...tak cy tgk pic atas sekali tu...

July 10, 2008

meniarap jua akhirnya :)

gambar hiasan :)
dari kecik :)
dah besar :)


alhamdulillah akhirnya 8 hb julai 2008 izzah berjaya meniarap..dia berumur 4 bulan...patutla pagi tu awai betul dia bangun, 6.30am dah terjaga..dia golek2 atas sejadah terus bleh meniarap..lama gak dia training mengiring ...hehehe dari 3 bulan...ni dekat-dekat nk masuk 5 bulan berjaya! (x nak masuk 5 nak angka 4 bulan gak baru meniarap..ahaks!)...esok besday dia ke 5 bulan! hehehe


p/s: pic dia nt upload ek..tertinggal kat pc lain

egypt to malaysia :)

hahaha..lawak tul..
ade org tu nk wat suprise, aleh-aleh sian dia sorang kat klia
tunggu abgnya amik, lambat plak tu...
x pasal.pasal jadilah mcm org kesepian...balik x de sedara mara family sambut!...akakaka

itulah akhi!! SERIUSSSS mmg dia buat kejutan betul...
dia balik tak bgtau..dia mmg pakat dgn fakhru (mmu) suruh gi pick up kitorg...
seriusss mmg 8/7/2008 (selasa) mmg menjadik ar kejutan dia!!...hehe
dia dr klia (fakhru amik) terus drive keta amik kakak dia ni..amik mak dia then balik umah!
ayah pun terkejut..hehehe

ok la dik! along bg hang 100% kezutan menjadi!
siap drive tu (hidup lagi ke lesen keta hang?)...hahaha
siap delay kat dubai tu...hahaha...:P
slmt pulang ke tanahair..cuti enjoy betul-betul ...
jgn lupa balik egypt balik!hahaha

Wudhuq

copy paste dari email shima :)
--------------------------------------------------------------------------------------------
AIR SEMBAHYANG
"



1.
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 :
Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.



2.
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 :
Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.


3.
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini"..

Penjelasan nombor 3 :
Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4.
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 :
Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5.
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 :
Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 :
Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7.
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 :
Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8.
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 :
Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri
.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?


Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?



July 9, 2008

wanita mulia kerana melayan suami


copy paste dari blog kak nora :)
------------------------------------------------------------------------------------------------



1. Rasulullah saw menyebutkan di dalam hadithnya bahawa apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik, maka ia memperoleh pahala jihad.


2. wanita yang menjaga adab rumahtangga akan masuk ke syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yakut.

3. wanita yang menjaga solat dan puasa serta taat pada suami (selagi suami tidak melanggar syara’) akan diizinkan Allah memasuki syurga dari mana2 pintu.

4. wanita yang melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Pahala ini menunjukkan kasih sayang Allah kepada wanita yang melayan suaminya dengan ikhlas tanpa khianat sedikitpun, samada suaminya di rumah atau di luar rumah.

5. wanita yang mengurut suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 lapis emas dan wanita yang mengurut suaminya setelah disuruh akan mendapat pahala 7 lapis perak.

6. wanita yang meninggal dalam keadaan suaminya redha akan masuk syurga.

7. wanita yang memandang suaminya dengan penuh kasih sayang akan dipandang Allah dengan pandangan rahmat. Semakin lama pandangan isterinya kepada suaminya, semakin besar rahmat Allah.

8. wanita yang tetap melayani suaminya dengan baik dalam keadaan suaminya marah, ia akan mendapat pahala separuh jihad.

breastmilk, the one and only

hehe..belum ade masa nak update...
so keje copy paste je la dulu ek...
bleh berkongsi dengan kawan-kawan

kita cuba our best!...kita merancang Allah menentukan :)

target bulan demi bulan....bf...jgn stress...stress nt lagi susu kurang :)
faham:) situasi ibu bekerja tak sama ...itulah namanya pengorbanan untuk anak ok? :)
---------------------------------------------------------------------------------------------
copy paste dari susuibu.com


The following is a quote from Ebrahim, a senior lecturer at London's famous Institute of Child Health:

Artificial feeding carries risks. Infants who are fed artificially are biologically different from those who are breastfed. Their blood carries a different pattern of amino acids, some of which may be at levels high enough to cause anxiety. The composition of their body fat is different. They are fed a variety of carbohydrates to which no other mammalian species is exposed in neonatal life. They have higher plasma osmolality, urea and electrolyte levels. Their guts are colonised by a potentially invasive type of micro-flora, at the same time as they are exposed to large amounts of foreign protein resulting in an immunologic response. In addition they are deprived of the various immune factors present in human milk. All these factors need to be taken into account every time a decision is made not to breastfeed an infant, for inherent in that decision are known and unknown risks to the infant.

Minchin, 1998

June 17, 2008

kecoh satu rumah....

erm..petang yg sunyi...tak tau izzah dh balik dr umah ibu dia
rupa-rupanye izzah nangis kuat gile!
ade lah dayang2 ni kunun cube nk diamkan izzah
actually dua dayang ni mmg tiap2 ptg dtg umah
dia jiran sebelah (cik yam dgn cik dah...hehe)
so diorg tak tau aksi diaorg sedang dirakamkan oleh my husband ekekekeke...
izzah nangis gile2..cik dah dah panik...dia pun nampak takut je
cik yam siap tepuk2...sian anak den! kena dera! huhu....

p/s: saksikan teriakan izzah! :P


lepas dah elok mata

berkerut..lapo? :p


dah lapo sgt le tu :P

skrg izzah dh 4 bulan...baru nk mula mengiring
merangkak blom lg..tp mulut dia bising..pok pek pok pek...
ikut sape tu ek?
paling ketara rambut dia tumbuh cikit2 je..
skrg ni kena pakai myk rambut selalu
sbb rambut dia dh start tumbuh cacak2...hehe
kalau tak pakai bj pompuan org ingat baby boy!..hehe
tu aksi dia lepas dh sihat dr skt mata..dah tak merah dan berair..












musim sakit mata.....

erm..s0ri buat yg tak tau lg ...actually masih 'mc' dirumah...hampir seminggu lamanya..
every two days kena gi jupe doc...to renew mc..bcoz mata still x ok!
semua nye berjangkit dari izzah! huhu...x padan dgn kecik
izzah alhmdulillah seminggu je dia kena...
last week dia dah sihat..dah duk umah 'ibu' dia plak
babysitter dia , dia panggil 'ibu'
dgn mak dia , dia panggil 'mama' hehehe...ayah dia , dia panggil 'ayah'
ayah dia tak nak panggil 'papa'..katanya nt lama2 jd papa kedana hehe
(p/s: jgn kecik hati wahai para papa..:P)

mataku lg teruk.berair..merah..pedih... sakit...
sampe 4 ubat doc bagi!
doc kata aku banyak dosa mata..ekeke (iyerke?..hahaha :P..insaf!muhasabah! :P)
tapi ni dh beransur baik...

huhu virus izzah kuat tak padan dgn kecik
sorg kanak2 (jagaan ibu) tu pun berjangkit dr izzah
anak makcik depan umah ibu tu pun kena...
musim sakit mata...huhu...
my husband pun dah hampir kena...cepat2 dia letak ubat!

June 9, 2008

izzah tak sihat

erm..sian kat izzah, lepas batuk selsema duk nurseri..
ni last week kena plak sakit mata yg merah gile-gile,
mata kecik, merah menyala,berair dan kena cirit birit...
khamis terpaksa balik cepat anta klinik...
doc kata mata dia kena jangkitan virus...pelik gak mana dia dpt
sbb baru je pindahkan ke babysitter start selasa hari tu
doc suspek ms gi kenduri johor...doc kata cirit birit tu kesan sakit mata (virus)
mlm dia ader la merengek2...sambil lap mata...
sian tgk dia...

jumaat terpaksa amik EL..doc kata kena jauhkan dr baby/kanak2 lain..
mudah berjangkit ....
kami semua kemungkinan besar akan berjangkit dr dia gak..huhu
lepas ni semua org pakai spek mata hitam...

erm..ni mata belah kiri plak dh kena...
dia kena sakit mata yg mcm org besar kena tu...
cian dia...moga allah sembuhkan penyakit dia cepat...
dah lama tak dgr dia borak2...:)
nk cepat besar tu la mcm2 penyakit dtg...:)
alhmdulillah masih fully bf..

June 6, 2008

tudung pertama izzah


hehehe...comeiii je rasanye bile dia tidur...hehehe.mcm org besar

June 4, 2008

Faktor Pengaruhi Kejayaan Penyusuan

------>http://ratuhati.com<------ -

Faktor Pengaruhi Kejayaan Penyusuan Susu Badan




Penyusuan susu ibu nampaknya mudah,
namun ia tetap memerlukan pelbagai persediaan untuk anda
terus menjayakannya sehingga bayi berusia dua tahun.
  • ImageDapatkan ilmu tentang penyusuan.
  • Belajar teknik dan posisi penyusuan.
  • Menyusukan bayi satu jam pertama kelahiran.
  • Sokongan daripada suami, keluarga dan rakan. Ibu juga boleh mendapatkan sokongan daripada rakan penyusuan online seperti di susuibu.com.
  • Pilih hospital dan doktor yang cenderung kepada penyusuan susu ibu.
  • Bersedia dari segi mental dan fizikal semenjak hamil lagi.
  • Berniat untuk menjayakan penyusuan susu ibu sejak hamil lagi.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
  • Jauhi dan uruskan stress dengan berkesan.
  • 'Buat pekak' kepada mereka yang negatif terhadap penyusuan susu ibu.
  • Tahu bila perlu mendapatkan bantuan.
  • Simpan nombor telefon kaunselor laktasi atau rakan yang menyokong penyusuan susu ibu.

3 month old, third week

---->http://www.babycentre.co.uk<-------

How your baby's growing

Is your baby strong enough to hold up his head now to see what's going on? Better joint flexibility allows many three-month-olds to wave and kick more forcefully and to open their fingers and bring their hands together.

A few babies stop needing a night feed around now, giving you a chance to rediscover sleep. Even if your baby still needs feeding in the night, by now she should be asleep for longer at night and settling down in the evening. It doesn't always happen though, and some babies remain fickle sleepers. If you haven't already thought about it, now is a great time to introduce a bedtime routine.

Chances are your little charmer is still bestowing smiles on everyone he meets this month, but he's getting choosier about the company he keeps. In large groups or with people he doesn't know very well, he may need some time to adapt.

The temporal lobe in your baby's brain, which handles hearing, language, and smell, is bustling with activity now. Make the most of it by talking to your baby, playing music, and reading out loud.

June 2, 2008

aksi bersuara izzah

hehe..aksi izzah bersuara ms salin lampin...baru nak pandai bercakap

skudai, johor


sengih


main mata


muke terkejut

-------------------------------------------------------------------------------------------------

erm..penat tak ilang lagi..huh..mlm td sampe umah jam 2pagi...
gi kenduri kat skudai johor, balik tu hgway jem teruk sgt...
tapi izzah tetap cool tidur dlm basket dia.....
pic2 atas ni kat surau kat johor, salin lampin izzah.....

May 20, 2008

jwb soklan chatroom :)

alahai dik ..hang kat egypt...lupa plak along nk wish hang nye besday..
tapi actually besday hang dh include skali kat kek tu
cube tgk betul-betul ade nama hang kat situ tau! :)
biar jauh namun dekat di hati...nt nak balik belikan baju izzah satu ok! :P

sue ganu...bile nak mari sini? izzah skrg dh 5.5kg! last check up saturday lepas
sian izzah sejak duk nurseri dah seminggu selsema...
ni smlm dah stat batuk...bayangkan budak umur 3 bulan batuk?...huhu sedih dgr
mlm dia asyik terjaga je sbb batuk...
tgh plan cari baby sitter? ..ade sape tau?

hana? iu tu wife arief ek...jap nak add blog dia dgn blog hana...ok :)

May 13, 2008

izzah 3 month 11/05/08


besday girl...3 month....hehehe (susah tul nk amik pic tgn gerak2..tu tgk tgn kanan dia ..hehe ..cam robot dah ekekeke)


ni ms 1st day lahir... :) ..syok le tu tido..ke dia ingat dlm perut mak dia lagi?...hehe


ni skrg dh 3 bulan :) ... ni kemain susah nk amik pose ni..siap kena acah2..hehe












kejutan!



ni kek yg comot sbb dh potong...mana tah pic yg cantik..carik tak jumpe...dh terdelete kot...ekekeke
sabtu mlm (10/05/08) kami anak beranak..kunun nak wat kejutan kat mak dgn ayah
tapi tak berapa menjadi...hehehe..
hubby dh offkan lampu..tapi terlupa tak de sape lak nk angkat kek...
actually tujuannya nk celebrate banyak le besday yg dah terlepas

07/04/08 - besday ayah
13/04/08 - anniversary mak ayah
11/05 / 08 - besday mak + mother's day + izzah 3 month

disebabkan tak cukup masa...kami rangkum semua dlm satu hari....
master plannye haikal...dia la gi beli ayam...i plak gi tempah mee goreng
pastu gi amik kek yg kami tempah...mmg cun gile..berbaloi dgn harga
siap sesat gi amik kek...
tapi pic kek atas ni yg dh comot le ek..
sbb dh tergolek ms ondway balik umah...
actuallay atas tu tulis...AYAH,MAK...
bawah plak tulis...WE LOVE BOTH OF U....

Semua wat dlm umah je...
nx time kena wat lagi betul2 gempaq!..hehe